8.4.11

MoDuL AkaDemiK (Yang Paling Hebat)

Selamat bertemu kembali (^_^). Hari ini cikgu nak kongsi berkaitan modul kemahiran mendengar dan bertanya. Cikgu laksanakan modul ini di kelas bersama murid-murid kesayangan cikgu. Sangat seronok tau. Cikgu pilih aktiviti bimbingan "Yang Paling Hebat".

LANGKAH:

Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan kelima-lima jari.

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling menceritakan fungsi dan kehebatan jari anak, jari manis, jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari.

Contohnya :-

Jari Ibu : dipanggil ‘Ibu’, paling besar antara jari-jari yang lain, kalau nak cakap best takkan tunjuk jari-jari lain melainkan ibu jari, kalau majlis rasmi ibu jari digunakan sebagai tunjuk arah.
Jari Telunjuk : Dalam sembahyang, jari telunjuk sahaja yang keluar, kalau nak tunjuk arag telunjuk saja digunakan
Jari Hantu : Paling tinggi daripada yang lain, tidak dapat ditandingi.
Jari Manis : Cincin perkahwinan akan disarungkan di situ, paling manis.
Jari Anak : selalu digunakan untuk tempat sempit, kalau lubang kecil jari lain tidak dapat masuk kecuali jari anak.

2.    Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta memberikan pendapat mengenai satu jari yang paling hebat dan rasionalnya memilih jari tersebut.
3.    Seorang wakil setiap kumpulan akan mempersembahkan pendapat tersebut. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya apa akan terjadi apabila ketiadaan salah satu jari tersebut. 

FALSAFAH:
1.    Menggalakkan komunikasi peserta dan mempertahankan hujah yang dipilih.
2.    Setiap orang/individu mempunyai peranan masing-masing
samada dalam keluarga, organisasi atau masyarakat.
3.    Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Perlu mempunyai sikap saling menghormati dan mempercayai orang lain.

RUMUSAN:
Murid dapat memberikan fokus, mendengar dengan baik, berfikir secara kreatif  dan
bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama.

ok, mari kita lihat aksi dan gelagat murid-murid cikgu sepanjang aktiviti bimbingan ini
dijalankan.

Suka betul cikgu tengok ahli kumpulan ni.

kumpulan ini pilih hari telunjuk

Ini pun pilih jari telunjuk

Sama juga

Ini pelik siket, jari manis. Yang penting ada fungsi nya.

Tiada ulasan:

Catat Komen