6.4.11

MoDuL AkaDemiK (Duit oh duit)

Em, pagi yang indah! cikgu telah laksanakan modul akademik bersama murid cikgu.. Sungguh seronok tau. Nak tahu aktiviti apa? hehehe... Berkaitan pengurusan masa iaitu DUIT OH DUIT.

LANGKAH:

1.    Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan sehelai kertas kepada setiap kumpulan.
2.    Guru Bimbingan menunjukkan duit RM 1 kepada setiap kumpulan..
3.    Murid-murid di dalam kumpulan masing-masing diminta melukiskan duit tersebut dengan tepat mengikut masa yang telah ditetapkan.
4.    Guru Bimbingan menunjukkan sekali lagi duit tersebut kepada setiap kumpulan .
Guru bimbingan meminta wakil murid dari setiap kumpulan ke hadapan untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. 


FALSAFAH:
Sikap sambil lewa pada setiap perkara yang penting disekeliling kita amatlah merugikan kerana masa ibarat emas yang bernilai.


RUMUSAN:
Murid dapat mengingati objek lukisan berfikir secara kreatif  dan bertindak di dalam kumpulan secara berkerjasama dan berpasukan.


Ha, tiba masa untuk kita lihat pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh murid cikgu.. (^_^)


Ini bahan yang digunakan

Penuh khusyuk murid ini melukis

Kawan-kawan tolong bagi idea eh

Suka cikgu tengok. Mereka bersungguh-sungguh

Gembiranya

Kami dah siap!!

Ini hasil murid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan