6.4.11

MoDuL AkaDemiK (Delta)

Hai Semua, selamat menjalani hari yang indah!!
Hari ni cikgu nak berkongsi dengan semua tentang aktiviti yang cikgu dah buat bersama murid cikgu. Kali ini cikgu fokus kepada kemahiran mendengar dan bertanya iaitu DELTA.

LANGKAH:


1.    Murid-murid berbaris mengikut kumpulan.
2.    Seorang wakil di hadapan bagi setiap kumpulan datang ke hadapan untuk membaca dan mengingati nota yang disediakan.
3.    Wakil kumpulan menceritakan kepada ahli yang kedua dan ahli yang kedua akan bertanya jika tidak jelas.
4.    Ahli yang kedua pula menceritakan kepada rakan di belakangnya dan begitulah sehingga ahli yang di belakang sekali. Rakan yang tidak jelas akan bertanya.
5.    Ahli yang di belakang sekali bagi setiap kumpulan akan datang ke hadapan untuk menceritakan semula nota yang telah diberikan.

FALSAFAH:

1.    Bersoal jawab dapat memantapkan pemahaman dan daya ingatan.
2.    Perlu bekerjasama dengan orang lain bagi menyempurnakan sesuatu tugasan.
Peka dan luaskan minda ke arah kejayaan.


RUMUSAN:
Murid dapat mendengar dengan baik, bertanya jika tidak jelas, bekerjasama dengan ahli
kumpulan serta memberikan fokus terhadap sesuatu.

Ok, sekarang mari kita lihat aksi murid-murid cikgu (^_^)

Bahan yang digunakan. Hehehe.. Cikgu bina ayat yang ringkas saja. Koyak-koyak kertas jerk

Ini saat mendebarkan bagi wakil murid untuk menghafal..hehehe

Ha, bisik. Jangan tak bisik.

Adoiii, cikgu susah!

Ini geng lelaki yang sedang menghafal

Wakil setiap kumpulan yang perlu membaca semula ayat yang diberikan

Ni tak tahu lah emosi yang terpamir.. macam ada yang menangis, ada suka, ada muka tertekan ciket, ada tenang je.. walau apa pun tetap enjoy yee

Tiada ulasan:

Catat Komen