20.5.11

MODUL 5 MINIT BENCI ZINA

Perhimpunan hari ini (18 Mei 2011) sekali lagi cikgu bicarakan berkaitan modul benci zina. Untuk hari ini cikgu fokus kepada Teknik Menjauhi Zina yang ketiga iaitu KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN. Berikut adalah isi kandungan teknik yang cikgu terangkan pada murid pagi tadi.

TEKNIK MENJAUHI ZINA (3)
-Kemahiran membuat keputusan

1)Membuat pertimbangan dari aspek positif sebelum membuat sesuatu keputusan
2)Beredar dengan cepat jika perbualan tidak berfaedah dan terpesong daripada perbincangan asal
3)Jangan beri perhatian kepada perkara yang tidak baik sebaliknya tumpukan kepada perkara yang lain
4)Cari dan beri alasan yang boleh diterima sekiranya murid menolak idea @ ajakan orang lain.

Bersama kita menjauhi zina!   Bersama sekolah bebas dari zina!!
Read More...

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK (SISWP) DAERAH KOTA TINGGI

Pada 19 Mei 2011 cikgu bersama Tuan Guru Besar dan GPK HEM telah menghadiri seminar integriti warga pendidik yang dianjurkan bersama IIM dan KPM. Berikut adalah ketetapan program:

Tarikh: 19 Mei 2011 (Khamis)
Masa: 7.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah, Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar

3 orang penceramah dari wakil IIM, wakil KPM dan seorang tokoh guru negeri melaka.

Read More...

SAMBUTAN HARI GURU SKBM 2011

16 Mei pada setiap tahun adalah hari guru..hari apa?? HARI GURU CIKGU!!

Benar, itulah hari bersejarag buat para guru. Di sini juga cikgu ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru di SKBM, guru yang pernah mengajar cikgu sejak kecil hinggalah sekarang. Guru tetap guru, dia tetap guruku walau mengajar sebatang alif.....Hanya ALLAH yang mampu membalas jasa mu cikgu. Terima kasih cikgu!   Mari ikuti sambutan hari guru di sekolah cikgu ya (^_^)









Read More...

15.5.11

SELAMAT HARI GURU YANG KE 40

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


Teachers
Paint their minds
and guide their thoughts
Share their achievements
and advise their faults

Inspire a Love
of knowledge and truth
As you light the path
Which leads our youth

For our future brightens
with each lesson you teach
Each smile you lengthen
Each goal you help reach

For the dawn of each poet
each philosopher and king
Begins with a Teacher
And the wisdom they bring

Poem by Kevin William Huff

~Setiap blogger juga bermula dari didikan guru...
Read More...

11.5.11

KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN

Bertemu kembali..Cak!

Heheee.. Ok hari ini cikgu nak kongsi dengan semua tentang satu kursus yang cikgu baru sertai. Berikut aturcara kursus tersebut:

Tempat: Dewan Seri Gemilang SK Taman Kota Jaya
Anjuran: Jabatan Penerangan Negeri Johor
Tarikh: 10 Mei 2011
Sasaran: Guru BNK

Ceramah 1: Ketrampilan dan sahsiah diri oleh- En.Shahrom b.Abdullah (Pen.Pengarah Jabatan Penerangan Johor
Ceramah 2:Teknik dan kaedah menjadi juruacara yang baik oleh-En.Ishak b.Hassan (Pegawai  Penerangan Daerah Kota Tinggi- Pengacara Majlis Rasmi Negeri Johor)

Begitu banyak yang cikgu belajar dalam kursus ini. Antaranya susun atur kedudukan kerusi, panggilan kehormat , penggunaan nada suara dan sebagainya..

Em, di akhir seminar telah diadakan ujian tau. Kami semua perlu membuat skrip dan melakonkan sebagaimana seorang juruacara. 13 orang telah dipilih sebagai juruacara terbaik dan cikgu salah seorang daripadanya!  hehehee.. (^_^) seronok!

Mari lihat suasana sepanjang seminar ini.




Read More...

7.5.11

SEMINAR SEHARI BERSAMA PEMADAM

Salam 1 Malaysia!! (^_^) Bersama kita membanteras dadah!!

Cikgu telah mengikuti Seminar Sehari Bersama PEMADAM tau.. berikut aturcaranya:

Tarikh: 2 Mei 2011
Tempat: Dewan Sekolah Agama Bandar, Kota Tinggi
Sasaran: Ahli PEMADAM, Ketua Kampung, Guru-Guru
Perasmian oleh: Y.B.M Tan Sri Syed Hamid Albar bin Syed Jaafar Albar (Ahli Parlimen Kota Tinggi

Ceramah 1: "kesan penyalahgunaan dadah dan peranan orang awam di dalam usaha pencegahan" oleh Pn.Hazurah-Pen.Peg.Antidadah
Ceramah 2:"Gaya hidup sihat, pemakanan dan menangani tekanan" oleh Dr Hanihaselah-Pakar Perubatan Keluarga klinik Bandar Mas
Ceramah 3: Statistik kes, kepelbagaian dadah di pasaran dan harapan" oleh ASP Hj Mohd Hadzir - Ketua bahagian polis diraja malaysia

Mari kita kongsi seminar tersebut...





Read More...

VIDEO LAGU SK BANDAR MAS

Hai semua. Moga ceria menyaluti hidup kita hari ini. Mari kita sama-sama dengar video lagu sekolah cikgu ya..  Lawati link di bawah ini..hehehehe

http://www.facebook.com/video/video.php?v=218634951495818&comments


Read More...

2.5.11

BENGKEL PEMANTAPAN UPSR

Pada 30 April 2011 cikgu telah membawa murid cikgu yang terdiri dari calon-calon UPSR 2011 untuk menghadiri bengkel pemantapan UPSR. Berikut agenda program:

Tarikh: 30 April 2011
Tempat : Perpustakaan Sultan Ismail, MBJB
Anjuran : Perpustakaan Sultan Ismail dengan kerjasama PERMAS PUBLICATION
Tajuk : Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik
Sasaran : Calon UPSR 2011

Kami bergerak dengan menaiki bas ke sana. Cikgu dapat lihat semangat murid-murid SKBM dalam menuntut ilmu kerana sewaktu di sesi sedang berlangsung walaupun murid berada di barisan belakang namun soalan-soalan yang diajukan oleh penceramah dapat dijawab dengan penuh yakin dan kuat. Dengan baju KOKO yang seragam menjadikan murid SKBM kelihatan gah dan bersatu hati dalam menimba ilmu dari penceramah yang berkelayakan itu. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat yang berguna kepada mereka.. Aminnn

P/S: Time balik tu jalan jem teruk..sebab orang ramai balik kampung dan bercuti kan. Sempena 1 Mei..huhuhuu

Mari kita lihat aksi murid-murid cikgu..hehheee

oren hitam mewarnai..

Tekun

Gembira nampaknya

Antara penceramahnya
Read More...