2.5.11

BENGKEL PEMANTAPAN UPSR

Pada 30 April 2011 cikgu telah membawa murid cikgu yang terdiri dari calon-calon UPSR 2011 untuk menghadiri bengkel pemantapan UPSR. Berikut agenda program:

Tarikh: 30 April 2011
Tempat : Perpustakaan Sultan Ismail, MBJB
Anjuran : Perpustakaan Sultan Ismail dengan kerjasama PERMAS PUBLICATION
Tajuk : Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik
Sasaran : Calon UPSR 2011

Kami bergerak dengan menaiki bas ke sana. Cikgu dapat lihat semangat murid-murid SKBM dalam menuntut ilmu kerana sewaktu di sesi sedang berlangsung walaupun murid berada di barisan belakang namun soalan-soalan yang diajukan oleh penceramah dapat dijawab dengan penuh yakin dan kuat. Dengan baju KOKO yang seragam menjadikan murid SKBM kelihatan gah dan bersatu hati dalam menimba ilmu dari penceramah yang berkelayakan itu. Semoga ilmu yang diperoleh dapat memberi manfaat yang berguna kepada mereka.. Aminnn

P/S: Time balik tu jalan jem teruk..sebab orang ramai balik kampung dan bercuti kan. Sempena 1 Mei..huhuhuu

Mari kita lihat aksi murid-murid cikgu..hehheee

oren hitam mewarnai..

Tekun

Gembira nampaknya

Antara penceramahnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan