11.5.11

KURSUS PROTOKOL DAN PENGACARAAN

Bertemu kembali..Cak!

Heheee.. Ok hari ini cikgu nak kongsi dengan semua tentang satu kursus yang cikgu baru sertai. Berikut aturcara kursus tersebut:

Tempat: Dewan Seri Gemilang SK Taman Kota Jaya
Anjuran: Jabatan Penerangan Negeri Johor
Tarikh: 10 Mei 2011
Sasaran: Guru BNK

Ceramah 1: Ketrampilan dan sahsiah diri oleh- En.Shahrom b.Abdullah (Pen.Pengarah Jabatan Penerangan Johor
Ceramah 2:Teknik dan kaedah menjadi juruacara yang baik oleh-En.Ishak b.Hassan (Pegawai  Penerangan Daerah Kota Tinggi- Pengacara Majlis Rasmi Negeri Johor)

Begitu banyak yang cikgu belajar dalam kursus ini. Antaranya susun atur kedudukan kerusi, panggilan kehormat , penggunaan nada suara dan sebagainya..

Em, di akhir seminar telah diadakan ujian tau. Kami semua perlu membuat skrip dan melakonkan sebagaimana seorang juruacara. 13 orang telah dipilih sebagai juruacara terbaik dan cikgu salah seorang daripadanya!  hehehee.. (^_^) seronok!

Mari lihat suasana sepanjang seminar ini.




Tiada ulasan:

Catat Komen