30.6.11

PrGrAM OutREaCh PeMbImBiNG RaKaN SeBaYa (PRS) KeBaNgsaAN

Salam seisi alam kepada semua. Hari ini 29hb Julai 2011 telah diadakan satu PROGRAM OUTREACH PEMBIMBIG RAKAN SEBAYA (PRS) KEBANGSAAN di sekolah cikgu. Untuk pengetahuan semua, Zon Selatan telah menjadi tuan rumah bagi tahun 2011. Sebanyak 10 sekolah di dalam daerah kota tinggi telah terpilih dan sekolah cikgu salah satunya. Seramai 12 PRS dari pelbagai sekolah berasrama penuh telah hadir dan diiringi seorang guru pengiring. Berikut adalah senarai nama fasilitator dan guru pengiring tersebut:

GURU PENGIRING: Pn. Norlia bt Harun (Guru Kaunseling SM Sains Kluang Johor)
FASILITATOR:
Nurain Shamirah bt Nazaruddin (Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah)
Atirah bt Abdul Samat (SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang)
Nurulshafikah bt Shahrom (SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping Perak)
Karmilah Khairunnisa bt Adi (SBP Integrasi Jempol Negeri 9)
Mohamad Wazif Nazhan b. Mohd Bakhtiar (SM Sains Kuala Terengganu)
Nur Syamimi Hanini bt Azhan (SM Sains Hulu Terengganu)
Muhamad Danial b. Zuber (SM Sains Tuanku Ja'afar, K.Pilah Negeri 9)
Sharifah Lia Farliana bt Wan Alias (Sekolah Menengah Sains Kuching Sarawak)
Ahmad Danial b. Ahmad Baharin (Sekolah Menengah Sains Selangor Wilayah Persekutuan)
Muhammad Farhan b. Isa(Sekolah Tuanku Abdul Rahman)
Muhammad Hanif Iqwan b. Abd Aziz (SBPI Batu Rakit)

Dan kita juga menerima fasilitator dari Indonesia iaitu:

Iqbal B. Ibrahim (SMABI 2 Bogor Indonesia) 

Antara kandungan program ialah-
1)Penjelasan tentang SBP serta keistimewaannya
2)Pembahagian kumpulan dan LDK
3)Penentuan Matlamat
4)Permainan dan Cheers

Impak program:
1-Dapat memupuk semangat untuk meraih 5A dalam diri murid. Selain itu, murid dapat mengetahui tentang prosedur kemasukan ke SBP dan keistimewaannya.

Kedatang mengejut beberapa tetamu semasa program ini berlangsung turut membuatkan pihak sekolah teruja dan seronok menyambut mereka. Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami iaitu:
-Pn. Shairatul Azlin bt Abdul Shukor (Pen.Pengarah BPSBPSK,KPM)
-Pn. Zubaidah bt Jusoh (Penyelaras Program PRS)
-Guru Mukhtar b. Eduleli  (PRS SBP Kebangsaan dari Bogor Indonesia)
-Guru Wahyu Siswanto (SMA 2 Bogor Indonesia)
-Mohd Shahabudin B.Hamen (Guru BNK Sek.Dato Abdul Razak Seremban) 

Mari Lihat foto-foto sepanjang program ni ya (^_^)









Read More...

MuRiD SKBM JoHaN PoSTer HaRi TanPa TemBAkAu SedUNia

Salam mesra kepada pengunjung blog cikgu arini. Cikgu nak hadiahkan senyum yang paling manis pada semua. Macam ni
 
Ok, arini 29hb Julai telah diadakan penyampaiah hadiah sempena HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA. Ingat tak sebelum ni cikgu ada letak di blog cikgu poster-poster murid yang menyertai pertandingan poster Bahaya Merokok. 



Happy! dan syukur! itu yang cikgu dapat cakapkan apabila murid sekolah cikgu memenangi pertandingan tersebut. Berikut senarai pemenang:

JOHAN: MUHAMMAD AIMAN HAKIM B. MAZLIZAM
KE TIGA: ANIS SYAZWANI BT MOHD ANUAR

Tahniah diucapkan kepada pemenang. Teruskan usaha anda! 

Read More...

27.6.11

KReATIFnyA MuRiD SKBM

Hai..hai..haiiii.. Bertemu kembali.Em cikgu tak sabar-sabar nak tunjuk pada kamu semua hasil lukisan murid-murid cikgu yang semestinya cantik, kreatif dan punya imaginasi tinggi. Ingat lagi tak sebelum ni cikgu ada maklumkan yang Klinik Kesihatan Bandar Mas telah menganjurkan pertandingan melukis poster sempena hari tanpa tembakau sedunia. Ingat tak??  Dan inilah hasilnya...   lihatlah beberapa poster yang cikgu sempat ambil tadi sebelum serahkan kepada Klinik Kesihatan Bandar Mas. Cikgu doakan murid SKBM akan memenangi pertandingan ini..aminnnn





Read More...

TeKniK BeLajAr 3 (PV3R)

                                     
















Salam ceria seisi alam ya murid-murid. Kali  ini cikgu kembali dengan teknik belajar yang ke 3? Nak tahu tak?? 
Em, Teknik ini dinamakan PV3R. Seronok tau. Jangan rasa stress ye. Bila kita belajar dengan happy segalanya akan jadi mudah. Bila belajar tu jangan mencerutkan muka..hehhe tapi selalulah senyum seperti sang pelangi yang happy mengeluarkan warnanya dan orang yang melihatnya pasti teruja gembira .


Teknik Belajar PV3R




  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)
Read More...

26.6.11

TeKniK BeLajAr 2 (5R-STUV)

Hari ini 26 Jun 2011 (ahad) cuti sekolah. Murid yang telah diberi kerja rumah tu minta-mintalah dah siap yer..
Jangan esok bagi alasan kat cikgu kamu : 

a) Alamak, terlupalah cikgu!
b) Saya pergi bercuti dengan family, tak ada masa nak buat!
c) Saya sakit cikgu!
d) adik beradik saya semua balik rumah. Rumah riuh dan bising. Saya tak boleh buat kerja cikgu!
e)Saya tertinggal buku!
f) others......

Jawapan cikgu tetap 1. Kamu pelajar, tanggungjawab kamu belajar bukan belajar mencari alasan ya..hehehehe.. ok seperti yang cikgu janjikan. Sebelum ni kita dah belajar teknik belajar PQRST kan? Sekarnag cikgu nak ajar pula tentang teknik belajar 5R-STUV


Teknik Belajar 5R-STUV

  1. Recopy                                  [salin semula]
  2. Rework all model 5 x            [buat semula contoh/cepat/5x]  
  3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
  4. Recheck                                [semak semula]
  5. Reasonnablenes                   [jawapan berpatutan/sebaliknya]

  1. s-sumarize         [ringkaskan nota penting]
  2. t-test your self [uji diri anda]
  3. u-use                 [gunakan]
  4. V-visualize         [bayangkan selalu]   

Read More...

TeKniK BeLajAr 1 (PQRST)

Salam ceria seisi alam..senyum hehehe.. Ok,untuk hari ini cikgu terjemahkan 1 teknik belajar yang berkesan. Namanya teknik PQRST..Cikgu akan perkenalkan beberapa jenis teknik belajar. Mari sama-sama kongsi.


Belajar Cara Sistem PQRST
      Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson   dalam buku   mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima   item yang menjadi   tunjang sistem ini.
    
   (a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
        Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan   seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau   isi penting dalam keseluruhan bab.
      (b) Question ( Menyoal ) 
      Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan   cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.
      (c) Read ( Membaca )
       Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan   anda sendiri dari rangka topik.
      (d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
      Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah   berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota   yang telah anda catatkan.
      (e) Test ( Ujian )
      Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu   membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun   lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.
Bahan ini diterjemah dari:
Improving Reading In Every Class
Ditulis oleh: El Thomas dan Ha Rabinson
Read More...

25.6.11

NaK BeLaJaR LeBih BerKeSaN??

Salam seisi alam..salam mesra buat semua. Cikgu harap murid-murid cikgu sihat agar dapat menerima pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah dengan baik. ( P/s: cikgu dulu murid yang baik tau.hehheee)


1. TENTUKAN MATLAMAT ANDA BELAJAR
2. BELAJAR MENGIKUT JADUAL WAKTU, PERLU SEDIAKAN JADUAL WAKTU,PATUH DENGAN JADUAL WAKTU.
3. BERUSAHA MENYINTAI PELAJAR, CINTAKAN ILMU PENGETAHUAN YANG BOLEH MENJADIKAN KITA BAIK.
4. SENTIASA BERFIKIRAN TENANG,GEMBIRA DAN CERIA.

5. HINDARI DARI MASALAH & JANGAN CARI MASALAH
6. JAUHI AKTIVITI YANG TIDAK BERFAEDAH.
7. INGAT SETIAP APA YANG DI BACA & BERUSAHA UNTUK INGAT
8. BELAJAR DENGAN KEADAAN YANG SEGAR.
9. MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH.
10. UCAP TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI JIKA ANDA BERJAYA. (p/s: time exam, test dan bila cikgu soal di kelas)
11. HORMATI GURU ANDA  WALAUPUN MEREKA MUDA.

Hubungi cikgu  untuk maklumat lanjut ya (^_^)
Read More...

WaJah SeRibu MaKnA

Hai semua.. hari ini cikgu nak kongsi tentang WAJAH SERIBU MAKNA.  Em, apa tu??
Maksudnya, pelbagai emosi yang terlahir dari reaksi kita iaitu -
-mimik muka
-postur badan
-nada percakapan
-tingkahlaku

Semuanya kerana EMOSI...

Mari tengok sama-sama bentuk emosi yang ada..


Read More...

TEKNIK MENJAWAB BM 2

Salam ceria seisi alam, kembali lagi kita bertemu. Harap semua sihak-sihak belaka.. Senyum (^_^)

Em, Kalau sebelum ni cikgu kongsikan tentang video teknik menjawab kertas penulisan BM, kali ni cikgu nak kongsikan 1 lagi video yang cikgu rasa tak kurang hebatnya untuk kamu tonton. Diharap video ini dapat menambah pengetahuan sedia ada kamu ya.. Saksikanlah..

video
Read More...

TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENULISAN BM

Salam ceria semua murid-murid. Di harap kamu sihat dan cergas ya!

Em, cikgu nak kongsi dengan kamu semua tentang 1 video yang cikgu jumpa. Video tentang TEKNIK MENJAWAB KERTAS PENULISAN BM.  Mari saksikan juga ya..

video
Read More...

PROGRAM KDP 14 MINGGU

Salam seisi alam (^_^). Kembali bertemu di TERATAK BIMBINGAN CIKGU JIJAH yang comel ini..hehhe. Ok, Cikgu baru dapat info tentang program KDP 14 minggu.  Bahagian Pendidikan Guru akan melaksanakan Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) 14 Minggu Pendidikan Jasmani (Peningkatan Profesionalisme) dan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Ambilan Julai 2011 di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kursus ini akan bermula pada 17/18 Julai hingga 21/22 Oktober 2011.. 


So, cikgu nak tekankan tentang Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah ..Sesiapa cikgu yang berminat bolehlah menghantar permohonan ya..  Boleh klik di link ini 


http://www.moe.gov.my/jpnjohor/v5/pengumuman.php?bhs=bm&id=1962&PHPSESSID=686eb5ffebc153899637bf2ab2c59851
Read More...

TAri SeNi ErOBiK - mampu hilangkan stress dan bagus untuk kesihatan tau

Ohhh rakyat jelata sekalian, begitupun cuaca yang tersangat cerah dan angin sepoi-sepoi bahasa telah menceriakan suasana di alam jagat raya ini. Sungguhpun demikian, beta ingin mengkhabarkan kepada seisi alam, bahawa beta mahu memeperkanalkan akan rakyat jelata beta akan tari seni erobik yang semakin terkenal dia alam maya pada ini.

Oleh itu... beta telah menitahtan dayang istana untuk mempelajari tari seni erobik ini. Apa yang beta lihat, sangat mengujakan beta. Sukacitalah beta memaklumkan akan rakyat jelata bahawasanya dayang-dayang istana ini semakain awet muda remaja setelah mereka mempelajari tarian ini.

Oleh itu, baiklah kiranya beta mewajibkan akan rakyat jelata beta untuk mempelajari akan TARI SENI EROBIK ini agar tanah jajahan beta semakin aman makmur kerana rakyatnya dapat menjalani hidup dengan sihat dan tidak tertekan dukacita jiwa raganya..

SENAMAN MENGHILANGKAN STRESS!!!!

Mari ikuti tari seni erobik yang cikgu ajarkan pada murid cikgu (^_^)




Read More...

24.6.11

SeLaMAt JalaN CikGu RoSnaH (^_^)

Salam 1 malaysia (^_^). .. Hari ini 24 Jun 2011 adalah hari terakhir buat guru praktikum iaitu Cikgu Rosnah. Beliau merupakan pelajar tahun akhir di UKM. Sempena tamatnya latihan praktikum beliau, pihak sekolah telah memberikan sedikit cenderamata sebagai kenang-kenangan buat beliau. Malah, beliau juga telah memberikan sepatah dua kata kepada murid-murid pada ucapan pagi tadi.

Kepada Cikgu Rosmah, semoga pengalaman di sekolah ini dapat memberikan satu kenangan manis dan banyak perkara baru yang dapat dipelajari dan dapat membantu beliau kelak bila menceburi alam pekerjaan.  Cikgu harap Cikgu Rosmah tak melupakan kita di sini... Selamat jalan Cikgu Rosmah, jasa mu kami hargai. Semoga berjumpa kembali..

Cantikkan Cikgu Rosmah (^_^)
Read More...

SuKaNTArA SKBM 2011

Salam pagi yang indah (^_^).. Em, sekolah cikgu sedang sibuk dengan hari sukan. Pada 18hb 7 telah diadakan sukantara yang pertama dan di ikuti pada 20hb 7. Acara saringan telah dijalankan dengan jayanya. Kemudian pada hari rabu (22hb 7) pula telah diakan upacara penyampaian hadiah di perhimpunan sekolah sempena acara saringan tersebut. Rehearsal pula turut dijalankan pada hari itu. Tugas cikgu adalah sebagai AJK persembahan dan kecemasan. EM, cikgu latih murid tarian seni erobik tau..seronok!

Pada 23hb adalah kemuncak perasmian hari sukaneka sekolah. Rumah Jebat, Tuah, Kasturi dan Lekir saling cabar mencabar dan memberi persaingan yang hebat. Tapi satu persaingan yang sihat lah kawan-kawan.

Akhirnya rumah Jebat telah menjadi JUARA sukantara untuk tahun 2011. Itu rumah cikgu tau! hehehehehe

Mari ikuti senario sepanjang berlangsungnya acara sukantara tersebut.



Read More...

22.6.11

TeRaPi Art

Salam seisi alam..(^_^).. hari ni cikgu nak kongsi 1 bentuk terapi art.. biasanya terapi ni digunakan jika keadaan murid itu sukar untuk meluah / bercakap / memendam / diam..Jadi, terapi art ini sangat sesuai.. murid diberi kebebasan untuk melukis apa saja..dari lukisan itulah maka terhasilnya luahan emosi mereka yang kita boleh baca.. sempena hari sukan ini cikgu ada melatih murid untuk tarian erobik sempena hari perasmian tau. Cikgu tak nak murid-murid ini rasa stress bila cikgu push mereka untuk ingat setiap gerakan. Maka, situasi ini pon berlaku ..huhuhu...

cikgu : cikgu tak nak kamu semua rasa stress..cikgu tahu kamu semua penat. So, cikgu bagi kamu peluang untuk acara bebas..Now, kamu boleh buat perkara yang kamu rasa selesa.. apa dia??

Murid : Nak lukis lah cikgu!  (13 orang tu angkat tangan setuju)

cikgu : Ok. Awak nak lukis apa sayang??

Murid  1 : Cikgu kite buat tipi nak.. Nanti tarian boleh pakai topi..

Murid 2 : Aha cikgu. Saya setuju. Nanti ada topi kitaorang semangat lagi nak menari erobik.

Murid 3 : Boleh lah cikgu, kitaorang lukis, buat sendiri. Boleh lah cikgu

huhuhu...semua muridku beria-benar.. so, hari ini art terapi pun bermula..asal depa ceria!!



Read More...

MOdUL 5 MInIT BeNCI ZInA



Selamat pagi semuaaaaa.. Pagi yang indah, syukur cikgu dapat melihat alam indah ciptaan Yang Maha Kuasa ini lagi. Em, hari ni 21hb hari rabu..kalau sebut hari rabu mestilah cikgu akan bagi talk di perhimpunan pagi berkaitan modul benci zina..betul tak murid-murid?? heehehheee..

Em, untuk perhimpunan hari ini cikgu kongsikan bersama murid-murid tentang TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA yang ke 5. Teknik yang ke 5 ini ialah mendapatkan bantuan PRS atau Guru Bimbingan dan Kaunseling murid-murid.

-Membuat temujanji dengan PRS bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi
-Berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling atas rujukan PRS atau datang secara sukarela
-Menjalankan sesi kaunseling kelompok atau kaunseling individu (ini kalau kat sekolah rendah dipanggil bimbingan kelompok dan bimbingan individu tau)
-Menambah pengetahuan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
Read More...

21.6.11

Anis NuriZZati MeNaNG eSEi (^_^)

Salam mesra seisi alam..alamak.maaf lah murid-murid, cikgu terlupa nak update blog ni untuk maklumkan yang seorang murid SKBM telah mendapat tempat ke 3 bagi pertandingan esei cerita kanak-kanak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi. Nak tahu siapa??

ANIS NURIZZATI BT A.JABAR!!! 


Ha, Anis telah menulis esei kanak-kanak bertajuk "ALI SI KUDUNG". Tahniah cikgu ucapkan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Bandar Penawar. Mari kita baca bersama-sama cerita ALI SI KUDUNG .. (^_^)


ALI SI KUDUNG
Ali merupakan murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Ali seorang yang bijak tetapi dia dilahirkan dengan kaki yang tidak sempurna. Kedua-dua kaki Ali kudung. Oleh itu, dia mendapat gelaran Ali kudung disekolahnya. Kawan baik Ali bernama Ah Chong. Ah Chong pula diberi gelaran lecet kerana kulit ditangannya melecet terkena air panas sewaktu kecil.
“Ah Chong, petang nanti awak nak main bola tak?” Soal Ali.
“Ah, saya tak minat main bola. Awak pun tahu saya ni kaki bangku.Tapi kerana awak sahabat saya, petang nanti saya akan teman awak bermain bola di padang.”
“Terima kasih Ah Chong. Awaklah sahabat sejati saya.” Ali menepuk bahu Ah Chong. Mereka sama-sama ketawa.
Petang itu di padang awam, Ali dan Ah Chong melakukan senaman ringan sebelum mereka bermain bola. Walaupun kaki Ali kudung, dia lincah berlari dan boleh menendang bola dengan baik. Rupa-rupanya kelibat Ali yang sering bermain bola di padang awam itu mendapat perhatian Cikgu  Anandha. Cikgu  Anandha merupakan jurulatih bola sepak disekolah Ali. Anandha tertarik dengan corak permainan Ali walaupun Ali kurang upaya.
“Hei, kamu!” Jerit Anandha kepada Ali.
Ali menghampiri Anandha.
“Ya, saya. Ada apa cikgu?” Tanya Ali.
“Em, saya  suka dengan cara kamu  bermain bola. Kamu mahu menjadi ahli pasukan bola sepak sekolah?” Tawar Cikgu Anandha.
“Saya akan membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan kaki palsu untuk awak. Bakat kamu itu tidak boleh disia-siakan.” Kata Cikgu Anandha penuh nekad.
“Terima kasih cikgu.” Ali tersenyum bangga. Dia berusaha untuk bermain dengan lebih baik selepas ini.

Read More...

PeRtANdiNgaN PosTer HaRi TaNpa TemBakaU SedUNia

Salam mesra seisi alam..kembali kita berjumpa lagi..senyum (^_^) senyum tak perlu kata apa2..hehehee.
Ok, hari ini cikgu dah pi ke kelas tahun 5. Ada 3 kelas tahun 5 di sekolah cikgu. Kenapa ya??? em..sebab cikgu jadi radio siaran..hehee..cikgu umumkan 1 pertandingan melukis poster..pasal apa tu???

Klinik Kesihatan Bandar Mas telah mengadakan pertandingan melukis poster bertemakan "BAHAYA MEROKOK" . Alatan melukis dan mewarna adalah bebas. Terbuka kepada murid tahun 5 sahaja.. So, bukan cikgu tak nak bagi murid lain  masuk..huhuh..tapi dah syaratnya tertulis di surat yang cikgu terima..InsyaALLAH ada rezeki di lain masa ya. Em, yang menariknya ada hadiah diberikan kepada pemenang dan setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan. So, berebut-rebutlah murid tahun 5 bila mendengarnya.

Yang bestnyer, cikgu bagi kertas lukisan free..heheheh.. ok. Jangan lupa isnin pagi serah pada cikgu ye.. Nanti dah dapat poster tu cikgu leh bubuh di blog sebagai tanda terima kasih dan penghargaan di atas penglibatan murid cikgu yang aktif ini..


  
Read More...

20.6.11

TaHNiaH!!! WaJaH CeMerLaNG UPPM2

Alhamdulillah, syukur UPPM2 telah selesai. Nampaknya kali ni keputusan yang sangat menggembirakan para guru-guru SK Bandar Mas kerana ramai calon UPSR 2011 telah menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan. Manakan tidak, jumlah calon memperoleh 5A dan 4A telah meningkat

MURID CEMERLANG  5A:
-NURUL HAIFAA AIZA BT AHAM
-NADIAH ADLIN BT MUHAMMAD AZMA
-MUHAMMAD IRFAN B. OTHMAN
-MOHAMAD AMIER ADZZIM
-MUHAMMAD NURIZZ HAKIM B.RAZAK
-NAJWA BT SH MOHAMED

MURID CEMERLANG 4A 1B:
-MUHAMMAD NURSYAFIQ
-ANIS NURIZZATI BT. A.JABAR
-FARREZ IRSYAD B. MD NOOR
-ZULIYANA BT ZAKARIYA
-ZAMNURAISYAH BT ZAMZURIE
-NUR FATHEEN ALEESHA
-NURUL SYAKIRA BT ABDUL KARIM
-DIANA SAKINAH BT NOOR KHAIRRI
-AIN NURSYAFIQAH BT AZMI
-AHMAD ARIF NAJMI B. SA'AUT

Mari kita lihat wajah cemerlang murid-murid ini (^_^)


Read More...

19.6.11

NiLai SeBuAH SenYUmaN

CIKGU NAK KONGSI KAN TENTANG (^_^)

Rahsia Di Sebalik Senyuman



-Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

-Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

-Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

-Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

-Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

-Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

-Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

-Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

-Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

-Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

-Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

-Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

-Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA"
Read More...

KENALI POTENSI DIRI ANDA

Read More...

KemBarA MahKota JoHOR

Salam mesra seisi alam ya..sihat hari ini? cikgu doakan semua murid-murid cikgu sihat walafiat..aminnn..Doakan cikgu juga ya..Bukan apa, dengan badan yang sihat InsyaAllah kita mampu beramal dengan lebih baik hendaknya..Ok, arini cikgu ditugaskan untuk memantau murid-murid cikgu dalam Kembara Mahkota Johor. Sekolah cikgu dikehendaki menyediakan murid-murid disepanjang laluan luar simpang masuk sungai mas tu dari lokheng..tahu tak?? ala, dekat kedai kek dan bahulu tu.. hehheee ...Cikgu juga ditugaskan untuk memberi bendera kepada murid sekolah cikgu.. Ramai betul yang mengawal Tengku Mahkota. Ada konvoi motor besar!

Seronok bila dapat merasai suasana menyambut kehadiran Tengku Mahkota kita yang encem tu .hehheeeh  (^_^)  Ok, mari kita lihat suasana yang berlaku tadi..


Read More...