21.6.11

Anis NuriZZati MeNaNG eSEi (^_^)

Salam mesra seisi alam..alamak.maaf lah murid-murid, cikgu terlupa nak update blog ni untuk maklumkan yang seorang murid SKBM telah mendapat tempat ke 3 bagi pertandingan esei cerita kanak-kanak sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi. Nak tahu siapa??

ANIS NURIZZATI BT A.JABAR!!! 


Ha, Anis telah menulis esei kanak-kanak bertajuk "ALI SI KUDUNG". Tahniah cikgu ucapkan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Bandar Penawar. Mari kita baca bersama-sama cerita ALI SI KUDUNG .. (^_^)


ALI SI KUDUNG
Ali merupakan murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Sungai Siput. Ali seorang yang bijak tetapi dia dilahirkan dengan kaki yang tidak sempurna. Kedua-dua kaki Ali kudung. Oleh itu, dia mendapat gelaran Ali kudung disekolahnya. Kawan baik Ali bernama Ah Chong. Ah Chong pula diberi gelaran lecet kerana kulit ditangannya melecet terkena air panas sewaktu kecil.
“Ah Chong, petang nanti awak nak main bola tak?” Soal Ali.
“Ah, saya tak minat main bola. Awak pun tahu saya ni kaki bangku.Tapi kerana awak sahabat saya, petang nanti saya akan teman awak bermain bola di padang.”
“Terima kasih Ah Chong. Awaklah sahabat sejati saya.” Ali menepuk bahu Ah Chong. Mereka sama-sama ketawa.
Petang itu di padang awam, Ali dan Ah Chong melakukan senaman ringan sebelum mereka bermain bola. Walaupun kaki Ali kudung, dia lincah berlari dan boleh menendang bola dengan baik. Rupa-rupanya kelibat Ali yang sering bermain bola di padang awam itu mendapat perhatian Cikgu  Anandha. Cikgu  Anandha merupakan jurulatih bola sepak disekolah Ali. Anandha tertarik dengan corak permainan Ali walaupun Ali kurang upaya.
“Hei, kamu!” Jerit Anandha kepada Ali.
Ali menghampiri Anandha.
“Ya, saya. Ada apa cikgu?” Tanya Ali.
“Em, saya  suka dengan cara kamu  bermain bola. Kamu mahu menjadi ahli pasukan bola sepak sekolah?” Tawar Cikgu Anandha.
“Saya akan membuat permohonan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan kaki palsu untuk awak. Bakat kamu itu tidak boleh disia-siakan.” Kata Cikgu Anandha penuh nekad.
“Terima kasih cikgu.” Ali tersenyum bangga. Dia berusaha untuk bermain dengan lebih baik selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan