15.6.11

MODUL 5 MINIT BENCI ZINA

Salam mesra alam...heheheh.. salam 1 Malaysia ya semua. Hari ini di perhimpunan cikgu telah memberikan talk berkaitan modul benci zina iaitu TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA (Teknik 4). Apa itu teknik yang ke empat yeee??  angkat tangan sapa tahu!    heheheee..mari kita kongsikan bersama:



TEKNIK 4 ( Menambah pengetahuan agama)

1-Mengikuti kelas-kelas dan ceramah-ceramah agama. Murid perlu mencari ruang dan peluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan agama sebagai perisai menghadapi perkara-perkara negatif.

2-Bertanya sekiranya ada persoalan yang tidak jelas berkaitan hubungan sosial sesama manusia mengikut pandangan islam sama ada ianya digalakkan atau dilarang

3-Membina hubungan baik dengan orang yang lebih tahu dan berkongsi maklumat agar ia betul mengikut norma dan pandangan islam.

4-Menghadiri atau menyertai pameran-pameran berkaitan nilai-nilai islam yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu (Jabatan Agama Islam. Masjid, Sekolah)

haaaaaaaa.. sudah faham semua?? Cikgu harap kita semua dapat menambah ilmu pengetahuan kita melalui pelbagai saluran yang sedia ada. Banyak tau! antaranyam buku, ahli agama, media penyiaran dan sebagainya.. tak rugi kalau kita membaca. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Komen