22.6.11

MOdUL 5 MInIT BeNCI ZInA



Selamat pagi semuaaaaa.. Pagi yang indah, syukur cikgu dapat melihat alam indah ciptaan Yang Maha Kuasa ini lagi. Em, hari ni 21hb hari rabu..kalau sebut hari rabu mestilah cikgu akan bagi talk di perhimpunan pagi berkaitan modul benci zina..betul tak murid-murid?? heehehheee..

Em, untuk perhimpunan hari ini cikgu kongsikan bersama murid-murid tentang TEKNIK-TEKNIK MENJAUHI ZINA yang ke 5. Teknik yang ke 5 ini ialah mendapatkan bantuan PRS atau Guru Bimbingan dan Kaunseling murid-murid.

-Membuat temujanji dengan PRS bagi meluahkan permasalahan yang dihadapi
-Berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling atas rujukan PRS atau datang secara sukarela
-Menjalankan sesi kaunseling kelompok atau kaunseling individu (ini kalau kat sekolah rendah dipanggil bimbingan kelompok dan bimbingan individu tau)
-Menambah pengetahuan berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan