20.7.11

MoDuL 5 MiNiT BeNci ZiNA


Salam 1 Malaysia (^_^)

Hari ini hari rabu 20 Julai 2011. Bila sebut hari rabu bermakna apa murid-murid??

Tepat sekali! Modul benci zina..

Biasakan cikgu akan sampaikan maklumat berkaitan modul benci zina. Jadi untuk hari ini cikgu nak berkongsi dengan kamu semua tentang USAHA MENJAUHI DAN MEMBENCI ZINA DALAM MEMBANGUN MASYARAKAT YANG SIHAT.

Pointnyer ialah :

1- Menundukkan pandangan- Menundukkan pandangan itu bermaksud memelihara penglihatan daripada melihat perkara haram. 

2- Memelihara aurat - Lelaki dari pusat ke lutut dan perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

3-Berurusan dengan batasan - Elakkan berpasangan lain jantina yang boleh menimbulkan fitnah. Elakkan juga berada di tempat yang sunyi dan gelap

4- Tidak melunakkan suara- jangan lunakkan suara semasa berbicara. Bersahaja dan sederhana seperti biasa dan jangan bermanja-manja dan mengada-ngada.

Selamat beramal.. (^_^)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan