19.7.11

PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR

 Asalamualaikum salam diberi,
Menjadi tradisi pembuka bicara...

Cewahhh..pantun 2 kerat pula cikgu kan. Hehehe.. Ok-ok tampa membuang masa, cikgu nak umumkan PERADUAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2011 PERINGKAT NEGERI JOHOR. 


Sesiapa yang mahu menyertai peraduan menulis esei ini boleh mendapatkan maklumat daripada cikgu ya.. 


Atau yang malu nak berjumpa tu bolehlah lihat syarat-syarat pertandingan di bawah.



SYARAT-SYARAT PERADUAN

      i.        Peraduan ini terbuka kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah bantuan kerajaan.

     ii.        Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.

    iii.        Peserta hanya boleh mengemukakan SATU  hasil karya dalam Bahasa Melayu.

    iv.        Peserta hendaklah menghantar hasil penulisan dalam bentuk ‘hard copy’ dan ‘soft copy’.

     v.        Kategori pertandingan:
  
·                    Murid Sekolah Rendah – Tahun 1 hingga Tahun 6.
 ( TIDAK kurang daripada 150 patah perkataan.)

    vi.        Jumlah perkataan mestilah dicatatkan pada penghujung hasil karya

   vii.        Nombor muka surat mestilah dicatat pada setiap helaian. JANGAN catat sebarang maklumat penulis di sebarang tempat dalam karya.

  viii.        Hasil karya hendakalah ditaip atas kertas saiz A4 dalam jarak langkau dua dan menggunakan huruf jenis Arial, bersaiz 12.

    ix.        Hasil karya hendaklah hasil penulisan asli bukan ciplak atau terjemahan dan belum pernah disiarkan atau diterbitkan.

     x.        Hasil karya tidak boleh mengandungi unsur-unsur negatif yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik.

    xi.        Latar belakang esei hendaklah berdasarkan Masyarakat Malaysia yang berfokuskan kepada kehidupan harmoni dan bersatu dalam kepelbagaian kaum.  Nilai-nilai murni harus diterapkan.

   xii.        Hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan.

  xiii.        Maklumat penulis hendaklah diisi dengan lengkap dalam borang yang dilampirkan.

  xiv.        Tajuk/Tema/Jenis Esei

·                    Tajuk esei bebas.
·                    Tema esei ialah “ Membina Negara Bangsa “ dengan menerapkan konsep                           
            1 Malaysia”
·                    Jenis esei adalah untuk bacaan murid sekolah rendah dan sekolah menengah. 

Dah siap boleh serahkan pada cikgu ya.. Sebab cikgu nak masukkan maklumat kamu di borang penyertaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan