12.7.11

PERTANDINGAN MENULIS ESEI,MELUKIS POSTER DAN BUKU SKRAP,PPDa NEGERI JOHOR 2011

Salam seisi alam.Moga semua ceria-ceria dan sihat ya. Kali ni cikgu nak umumkan tentang PERTANDINGAN MENULIS ESEI,MELUKIS POSTER DAN BUKU SKRAP,PPDa NEGERI JOHOR 2011  

Antara pertandingan yang dianjurkan ialah:
-Melukis poster
-Membuat buku skrap
-Menulis esei

Tapi untuk anak murid cikgu, hanya dibolehkan menyertai pertandingan melukis poster. Hanya itu saja yang terbuka untuk sekolah rendah, itupun bagi tahan 2 saja iaitu murid tahun 4-6..

Beikut adalah syarat-syarat bagi pertandingan melukis poster:

TEMA:
- SEKOLAH BEBAS DADAH 2011
-1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

SAIZ DAN UKURAN:
-37.4CM X  27CM (DRAWING BLOCK)

BAHAN MEDIA:
-PENSIL WARNA, KRAYON, WARNA AIR

Untuk makluman murid-murid semua, 3 poster  terbaik akan mewakili sekolah untuk di hantar ke PPD. PPD pula akan memilih 3 poster terbaik untuk dihantar ke JPNJ. Jadi, buat yang terbaik ya .. 
Cikgu yakin kamu semua boleh!  kalau sebelum ni sekolah kita johan poster hari tanpa tembakau, untuk kali ni pula mesti boleh johan lagi!!! yakin! 

Ini antara poster-poster dadah yang mungkin boleh bagi idea pada kamu. Tapi ingat, idea mesti original k








Tiada ulasan:

Catat Ulasan