19.7.11

PERTANDINGAN PERTUTURAN BERIRAMA

Salam mesra kepada semua tetamu-tetamu blog cikgu. Apa yang kamu tahu bila tiba bulan 8??
Ya, betul. Hari merdeka!

Nampaknya, pertandingan sempena hari merdeka telah mula diadakan. Cikgu pun ada menguruskan beberapa pertandingan. Antara PERTANDINGAN PERTUTURAN BERIRAMA.  


InsyaALLAH, cikgu akan cuba laksanakan tanggungjawab ini semampu cikgu. Tadi cikgu dah pun faks borang penyertaan. Itu bermakna..... cikgu dah setuju untuk latih murid menyertai pertandingan ini.. Langkah cikgu yang pertama adalah memilih murid-murid yang ingin masuk pertandingan pertuturan berirama ini...


Temanya ialah
Membina Negara Bangsa,1Malaysia


Mari lihat syarat-syaratnya..


SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka untuk murid Tahap Dua ( Tahun 4, 5 dan 6) saja. Ahli kumpulan/pasukan mestilah dari  sekolah yang sama.
-Pertandingan adalah secara kumpulan / pasukan di mana ahli-ahlinya dari sekolah yang sama.
Setiap kumpulan / pasukan mestilah terdiri daripada 30 hingga 35 orang murid  sahaja ( termasuk konduktor ).
-  Masa persembahan kumpulan / pasukan hanya dihadkan selama 7 minit sahaja.
Persembahan mestilah mempunyai tajuk yang dibina sendiri tetapi mestilah bersesuaian dengan tema yang ditetapkan.
Bahan / teks berbentuk prosa tetapi mesti mengandungi unsur-unsur puisi yang bersesuaian.
Bahan / teks mestilah dikarang / reka sendiri dan ’authentik’.
-Kumpulan/pasukan TIDAK DIBENARKAN membaca atau merujuk nota / teks / bahan bercetak semasa membuat persembahan.
Bahan / teks yang dikarang / reka mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya dan peribadi seseorang.
-Bahan / teks yang dikarang hendaklah dihantar kepada penganjur selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum pertandingan.
Semua peserta termasuk konduktor mestilah memakai pakaian seragam  sekolah semasa pertandingan. Konduktor dibenarkan memakai sarung tangan putih. Pemakaian ‘bow’, jaket dan ‘blazer’ tidak dibenarkan.
-Sebarang alatan/sokongan seperti muzik, nyanyian, lakonan, berdrama, pakaian kostum, prop, bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi sama ada dalam bentuk elektronik atau bercetak tidak dibenarkan .
i.          Gerakan fizikal peserta dan konduktor ( dari aras pinggang ke bawah ) hentakan kaki, gerakan ke kiri dan ke kanan serta berjalan-jalan dilarang sama sekali.
Susunan kumpulan / pasukan di pentas ditetapkan tiga tetingkat baris dan konduktor berada dalam jarak maksimum empat meter dari pentas .  


Sesiapa yang mahu masuk pertandingan ini cepat-cepatlah berjumpa cikgu ya. Cikgu mahukan 35 orang murid!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan