30.7.11

SeMinaR PemBangUnaN ProFEsioNaL GuRu BimBinGaN & KaUnSeLinG

Salam ceria dan salam 1 malaysia..

Pada 26-28 Julai 2011 bertempat di UPM Serdang, cikgu telah menghadiri Seminar Pembangunan Profesional Guru Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan. Seminar ini dibuat di Dewan Besar, UPM. Cikgu mewakili daerah Kota Tinggi bagi sekolah rendah.  Selama 3 hari tu banyak info dan maklumat berguna yang cikgu perolehi. lebih penting adalah isu-isu berkaitan guru BNK yang sedang diperkatakan sekarang.

Ada 6 ceramah yang telah disampaikan oleh para penceramah undangan yang pakar dalam bidang masing-masing. Berikut adalah aturcara majlis:

CERAMAH 1- IPT DAN SEKOLAH: PELUANG DAN CABARAN oleh En. Asbullah Mohd Yusof


CERAMAH 2-KEMAHIRAN INSANIAH ASAS KECEMERLANGAN PROFESIONAL GURU oleh Prof.Madya Dr.Mohammad Shatar Sabran


CERAMAH 3-ENCHAUNCING SCHOOL COUNSELORS PROFESSIONALISM THROUGHT HUMAN GOVERNANCE oleh Prof.Dr.Arfah Salleh


CERAMAH 4-PENDEKATAN SENI EKSPRESIF DALAM KAUNSELING oleh Prof.Madya Dr.Rusnani Abdul Kadir


CERAMAH 5-THEORY OF CONSTRAINTS (TOC): '100 CLOUDS' MODULE AS A CURRENT APPROACH FOR GUIDANCE AND COUNSELING oleh Mrs.Khaw Choon Ean


CERAMAH 6-PEMBANGUNAN PROFESIONAL GURU KAUNSELING: HALA TUJU DAN KEPERLUAN KOMPETENSI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING oleh Hj.Aminudin Adam

Lawatan kampus turut diadakan ke beberapa fakulti terpilih mengikut kumpulan yang diberikan.

Malam terakhir telah diadakan malam ramah mesra dan makan-makan hasil pertanian UPM. Sedap-sedap tau (^_^)




Tiada ulasan:

Catat Komen