23.8.11

PROGRAM DARI KALBU KE KALBU 1

Asalamualaikum..

Hari ini 23 Ogos 2011 (Selasa) telah diadakan Program Dari Kalbu Ke Kalbu yang melibatkan ibu bapa murid-murid tahun 6 Arif. Isi perbincangan menjurus kepada pencapaian murid-murid dari peperiksaan UPPM3, Nilai Tambah dan Felda..

Banyak tips-tips yang diberi oleh Tuan Guru Besar, guru-guru mata pelajaran yang dapat membantu ibu bapa memantau pelajaran anak dirumah sepanjang cuti raya ini. Pihak sekolah turut membekalkan latihan kepada setiap murid agar mereka dapat mengekalkan prestasi mereka dan tidak leka pada waktu cuti kelak.

Diharapkan kerjasama yang baik diantara ibu bapa dengan pihak sekolah akan dapat menghasilkan impak yang baik juga kepada anak-anak kita.

5A DALAM GENGGAMAN. TIDAK MUSTAHIL BUAT KITA SEMUA..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan