7.9.11

PROGRAM SOLAT HAJAT UPSR 2011

Asalamualaikum kepada para pembaca blog cikgu. Hari ini 7 September 2011. Cikgu baru saja sampai ke rumah. Tadi petang sampai lah malam ni ada majlis kat sekolah cikgu. Program Solat Hajat untuk murid-murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Ibu bapa dijemput hadir bagi mendoakan kejayaan anak-anak dan bersama menunaikan solat hajat. Sedikit taklimat turut diberikan oleh wakil PIBG dan juga Tuan Guru Besar. Acara bersalaman diantara murid dengan ibu bapa dan guru turut diadakan agar semua pihak dapat mengikhlaskan diri dengan ilmu yang diajar dan dipelajari. Jamuan disediakan di akhir majlis.



Tiada ulasan:

Catat Komen