13.9.11

TERIMA KASIH IBU BAPA MURID TAHUN 6 ATAS KESUDIAN HADIR MENEMANI ANAK-ANAK DALAM UPSR

Asalamualaikum semua. Semua sudah maklumkan hari ini 13/9/2011 (Selasa) telah bermula peperiksaan UPSR bagi murid-murid tahun 6. Murid-murid telah diminta berkumpul di kantin sekolah untuk diberikan air mineral, alat tulis, air zam-zam , mendengar amanat terakhir dari Guru Besar dan bersalaman dengan guru-guru dan ibu bapa. Cikgu sangat terharu memandangkan ramainya ibu bapa yang hadir untuk menemani anak-anak mereka. Sayu hati cikgu dan rasa gembira sangat-sangat. Tentunya anak-anak ini akan lebih bersemangat kan? Sekali lagi cikgu nak ucapkan TERIMA KASIH kepada ibu bapa yang hadir.



Tiada ulasan:

Catat Komen