17.11.11

PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Kebanyakan ibu bapa ramai tak sabar untuk mendapatkan wang RM100 yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Alhamdulillah wang itu sudah diterima dan 1 majlis khas untuk penyerahan yang dirasmikan oleh Dato' Azalina pada 17/11/2011 (khamis) jam 3.00pm mengundang rasa gembira ibu bapa.

Tetapi diingatkan kepada ibu bapa bahawa wang itu adalah hak anak-anak kita. Gunakan lah sebaik mungkin sama ada untuk simpanan anak-anak, atau belian kelengkapan sekolah. Moga sedikit sebanyak duit ini akan membantu ibu bapa merancang persekolahan anak-anak pada kenaikkan awal tahun depan.


Tiada ulasan:

Catat Komen