22.11.11

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN DI ITQAN,MAAHAD & SMASKP SESI 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN TAHFIZ AL-QURAN :

Program ini akan ditawarkan di sekolah-sekolah berikut :

Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)
Maahad Ahmadi Negeri Sembilan, Gemencheh (LELAKI SAHAJA)
Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Selaru (PEREMPUAN SAHAJA)

  1. Calon, ibu dan bapa hendaklah WARGANEGARA MALAYSIA.
  2. Calon adalah ANAK KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
  3. Ibu atau bapa kepada calon adalah KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN.
  4. Ibu dan bapa yang BUKAN KELAHIRAN NEGERI SEMBILAN tetapi telahBERMASTAUTIN TIDAK KURANG DARI 7 TAHUN di Negeri Sembilan boleh memohon.
  5. Calon terdiri daripada pelajar LELAKI DAN PEREMPUAN.
  6. Calon mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dalam peperiksaan UPSR 2011 dan4A 4B dalam keputusan UPKK/UPSRA di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan sahaja.
  7. Calon mesti boleh membaca Al-Quran, menulis dan membaca jawi dengan baik.
  8. Calon hendaklah LULUS dalam UJIAN BERTULIS dan UJIAN MEMBACA AL-QURAN yang akan diadakan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada masa yang akan ditentukan kemudian.
  9. Calon yang berjaya DIWAJIBKAN meneruskan pengajian sehingga ke peringkat DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN.
  10. Calon juga hendaklah MELEPASI SEMUA UJIAN dalam "Kursus Intensif Kelayakan" yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan [ITQAN] pada masa dan tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN :

14 Hari (2 Minggu) selepas keputusan UPSR diumumkan

BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI :

Bahagian Pelajaran,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan,

Telefon : 06-767 2825/2985/2831

* Sila bawa slip keputusan UPSR 2011 bersama semasa mengambil borang. 

Tiada ulasan:

Catat Komen