9.7.12

MODUL PSIKOSOSIAL (Komunikasi berkesan)-Bola Bom

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. harap semua sihat ya. Hari ni cikgu laksanakan modul bimbingan di kelas 4 Arif. Cikgu nak melatih murid-murid ini untuk komunikasi yang lebih berkesan. Tetapi cara cikgu bukan menerangkan semata-mata! nanti murid jemu. So, cikgu tukar kepada berbentuk fun dan game agar murid suka dan dapat terlibat sama. pastinya game ni memerlukan murid-murid bercakap dan beraksi. Secara tak langsung cikgu dapat melihat bagaimana mereka berkomunikasi.

Oh, ya. Nama Aktiviti ini Bola Bom!

Bahan-bahan:
-Radio muzik
-Bola
-keratan nota contohnya
(muka anda masam saja. Tolong senyum selama 1 minit)
(Anda suka kucing? sila bunyikan suara kucing dalam keadaan manja, garang dan lapar)
(Ada pernah kencing malam? kenapa ya?)
(Saya tahu anda pembersih, Jadi tolong carikan 1 sampah dan buang ke dalam tong sampah)

langkah-langkah:
-mainkan muzik dan murid memberikan bola kepada rakan sebelah.
-Muzik dihentikan dan murid yang memegang bola dikehendaki mencabut kertas yang ada di dalam kotak
-Murid dikehendaki melakukan suruhan tersebut.

Objektif:
-Murid dapat menyatakan pendapat dan idea

















Read More...

MODUL PSIKOSOSIAL (Terapi Muzik Penenang Minda)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semua sihat ya.

Hari ini cikgu laksanakan Terapi Muzik kepada murid-murid kelas 2 Arif.

        
     Menurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan kesihatan mental dan fizikal.
  
     Cikgu lihat selepas murid mendengar muzik yang cikgu pilih itu mereka banyak bertanya. Lagu yang cikgu pilih ialah PESAN ABANG, nyanyian Allahyarham Sudirman. Lagu tu berkisar tentang pesanan seorang abang terhadap adiknya agar menumpukan perhatian kepada pelajaran.

BAHAN-BAHAN:
     -Radio, lagu

     LANGKAH-LANGKAH:
     - memperkenalkan peralatan muzik
     -meminta wakil murid secar sukarela untuk memegang radio
     -memperdengarkan muzik sambil murid mendengar tanpa bersuara
       
OBJEKTIF:
- Kembangkan emosi







Read More...

MODUL AKADEMIK (pembacaan bersumber)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ni? Moga kita semua berada di dalam keadaan sihat ya.

Hari ni cikgu laksanakan kelas bimbingan bersama-sama murid kelas 5 Bestari. Cikgu bawa murid-murid masuk ke bilik bimbingan dan menggunakan kemudahan yang sedia ada. Antara kemudahan yang cikgu telah sediakan ialah :
-Sudut pembacaan
-Sudut terapi game,
-Sudut terapi bunga,
-Sudut nilai-nilai murni
-Sudut pencapaian
-Sudut terapi gestalt (cermin diri)

Alhamdulillah, nampaknya murid-murid dapat menggunakan kemudahan yang disediakan dengan baik.









Read More...

MODUL AKADEMIK (Mind power left and right)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Asalamualaikum semua. Apa khabar? Harap semua sihat ya. hari ni cikgu masuk pula ke kelas 6 Arif. Cikgu nak buat modul yang sama seperti cikgu buat semalam di kel;as 6 Bestari.
Cikgu pilih untuk aktifkan minda otak kiri dan kanan mereka iaitu Mind Power left and right.

Bahan-bahan:
-Tiada..hehehheee

Langkah-langkah:
-Angkat dua-dua tangan.
-Cantumkan kehujung-hujung jari. Ibu jari bertemu ibu jari dan seterusnya.
-Kemudian minta murid gerakkan ibu jari mengikut pusingan jam tanpa menggerakkan jari lain.
-kemudian undur kebelakang pula pusingan tersebut. Buat pada kesemua jari.
-Dari perlahan kepada laju


Objektifnya:
-Murid dapat mengakifkan otak kanan dan kiri


















Read More...

4.7.12

PRS (Isu Mat Rempit)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harapan cikgu semua sihat-sihat ya.

Ok, cikgu nak berkongsi sesuatu dengan semua. Perhimpunan hari ni cikgu minta wakil PRS untuk berucap dan mengulas isu hangat "MAT REMPIT". Ini semua gara-gara cikgu dapat makluman ada murid yang terlibat dengan gejala tidak sihat ini. Insyallah dalam masa terdekat cikgu akan siasat hal ini.

Tetapi cikgu juga mahu menegur semua murid-murid bukan sahaja menjurus kepada individu. Oleh kerana itu, PRS tampil kehadapan dan berkongsi dengan murid-murid apa itu rempit dan kesannya. Diharapkan isu yang sudah diulas oleh adik Anis Syafikah hari ini dapat dijadikan teguran membina dan nasihat yang boleh diambil pengajaran. Insyallah pada kesempatan yang lain pula cikgu akan minta wakil PRS lain untuk kehadapan bagi mengulas isu vandalisma...





Read More...