8.1.12

SESI PERSEKOLAH 2012 YANG BARU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Welcome back! (^_^)
Wah perhimpunan hari ni 4/1/2011 berwajah baru..hehhe.. maksud cikgu baju baru, kasut baru, beg baru dan pastinya semangat baru!

Kali ini ibu bapa dibolehkan untuk menghantar anak-anak masuk ke kawasan sekolah..yang diberi keutamaan tentunya murid tahun 1 dan pra sekolah.

Pagi-pagi lagi sebelum pukul 7 Guru Besar telah menunggu ibu bapa di hadapan pintu sekolah. Program Guru Penyayang ini bertujuan untuk kita mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke sekolah dan merapatkan lagi hubungan dengan penjaga.

Perhimpunan pertama kali bagi tahun 2012 ini juga telah terisi dengan penerangan undang-undang sekolah dan peraturan sekolah agar murid-murid tidak lupa dan akur pada peraturan yang telah ditetapkan kerana adanya perubahan dari segi waktu balik sekolah dan waktu rehat..

Semoga tahun 2012 ini membawa erti yang sangat besar buat warga SKBM.

Tiada ulasan:

Catat Komen