20.2.12

MODUL PENGURUSAN DIRI (PENJAGAAN DIRI SAYA)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan kembali bersua di alam maya (^_^).. hari ni cikgu masuk ke kelas 2 Bestari. So, pagi-pagi lagi di bilik bimbingan cikgu dah mula melukis.. cuba teka cikgu lukis apa????

hehehe..cikgu lukis gigi, syampo, berus gigi, ubat gigi, dan sabun mandi. Sebab cikgu nak cerita pada murid kelas 2 Bestari nanti tentang penjagaan diri. Seronok tau melukis dan cikgu suka! tapi taklah cantik pun..huhuhh asal cikgu dan murid tahu apa yang cikgu lukis..heheh

Antara objektif cikgu sampaikan modul ini pada mereka ialah:
-murid mengetahui cara penjagaan diri yang betul
-murid tahu kebaikan dan keburukan penjagaan diri
-murid dapat memastikan diri dalam keadaan bersih dan bersedia untuk ke sekolah
-murid dapat menerangkan kepada rakan-rakan semula tentang penjagaan diri

Ok mari kita lihat aksi mereka..


Read More...

MAJLIS PERASMIAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini di suatu pagi yang mendung-mendung macam nak hujan tapi alhamdulillah mujur mendung berlalu dan mentari menyerlahkan dirinya..hehehhee... Perhimpunan pagi ini diserikan dengan Majlis Perasmian Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah bagi tahun 2012.

Berikut aturcara majlis:
-Bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh Pn.Hjh. Zahara bt Md Noor
-Persembahan wakil murid oleh adik Siti Khadijah dari 1 Arif
-Bacaan ikrar oleh wakil murid iaitu adik Muhammad Luqman.
-Pesanan dan ingatan berkaitan info dadah yg disampaikan oleh guru besar

Sepanjang 20-25hb ini akan diadakan pertandingan:
-Poster bagi murid tahun 5 dan 6
-Teka silang kata bagi murid tahun 4
-Mewarna bagi murid tahun 1,2 dan 3
-Memotong dan menampal gambar bagi murid pra sekolah dan PKBP
-Kuiz pada perhimpunan hari rabu dan jumaat
-Pameran di lorong dan galeri dadah

Moga warga sekolah SKBM hidup sejahtera tandap dadah!  aminnnn...


Read More...

15.2.12

MODUL KERJAYA MURID (ACTING START!)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Helloo..Ops, asalamualaikum semua..heheh.. Ok hari ni di sekolah cikgu ada buat 1 Ldk bila masuk kelas darjah  3 Arif tadi. Memandangkan mereka ni dah boleh menentukan cita-cita mereka lepas cikgu penah tanya haritu, so kali ni cikgu nak buat kesinambungan lagi berkaitan cita-cita mereka.

Kali ni cikgu create 1 aktiviti. Cikgu suruh mereka berlakon!!! wah, sukanya diorang!!! terlompat2 kesukaan..

Objektif cikgu kali ni ialah:
1-Memperkenalkan situasi sebenar sesuatu kerjaya
2-Murid dapat lihat senario sebenar
3-Murid dapat merasai pengalaman mereka berada dalam "dunia" pekerjaan itu sendiri

So, bila murid dapat buat dan merasai sendiri barulah mereka tahu pekerjaan itu adakah sesuai dengan mereka atau tidak.

Mari kita lihat aksi lakonan mereka..hehheee (^_^)




Read More...

TAKLIMAT PENGURUSAN KAUNSELING BIL 1/2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)


Pada 15hb 2, 2012 (Rabu) telah diadakan Taklimat Pengurusan Bimbingan Kaunseling bagi tahun bil 1/2012. Turut serta dalam majlis ini ialah GBK SR dan GBK SM. Berikut adalah aturcara program:
-Pendaftaran
Taklimat IKBN dan Sesi Outreach
-Taklimat Penolong PPD Kemanusiaan
-Taklimat Penolong PPD Bimbingan Kaunsleing Dan Kerjaya Murid
-Perkongsian Ilmu (Ujian Psikologi)
-Mesyuarat MGKK SM dan SR
-Mesyuarat Agung Khas MGKK 2012/2014
Sangat seronok bila cikgu dapat menambah pengetahuan dengan belajar membuat ujian psikologi FIRO-B ADAPTASI, soal selidik DASS, saringan minda sihat dan kecenderungan otak kiri dan otak kanan manusia. Lepas ni boleh lah cikgu fotosted untuk dibuat dalam kelas bimbingan..Uhhhhh tak sabornyer lahaiiii..kuikuikui (^_^)
Ok, mari kita lihat pelbagai aksi yang sempat cikgu rakamkan ya..








Read More...

3.2.12

TAHNIAH NADIA NATASHA BT AFANDI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Moga hari ini lebih baik dari semalam..Yes!..ops..aminnnn

Ok, hari ni cikgu nak umumkan bahawa pemenang Naib Johan Anugerah Nilam Daerah dimenangi oleh:
NADIA NATASHA BT AFANDI

Murid dari sekolah SK Bandar Mas ini pelajar tahun 6 Arif. Tahniah ya Nadia..Dan sudah dimaklumkan bahawa anugerah nilam seterusnya akan dibuat pada bulan 10 ni.So, semua murid kena sedia ya..banyakkan membaca mulai hari ini. Tekadkan azam dan matlamat kamu.


 
Read More...

2.2.12

PROGRAM MOTIVASI KEIBUBAPAANDAN AKUJANJI CALON UPSR 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga kita semua diberi kesihatan yang baik untuk terus melaksanakan suruhanNYA..

Hari ini 2hb2, 2012 (Khamis) telah diakan Program Motivasi Dan Akujanji Calon UPSR 2012. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir untuk sama-sama memperolehi input yang diberikan oleh pihak sekolah. Berikut adalah pengisian program:

-Bacaan Doa
-Ucapan Guru Besar
-Ucapan YDP PIBG
-Ceramah oleh Encik Fakrulnizar dari Kolej Komuniti Bandar Penawar
-Rehat
-Majlis Akujanji
-Taklimat ringkas oleh FERMINA

Diharapkan murid-murid calon UPSR 2012 tahun ini menjadi lebih berkeyakinan, lebih bersemangat, dan lebih berdaya saing. Ingatlah pada janji yang telah kamu patrikan dihadapan ibu bapa dan guru-guru..

InsyaALLAH 5A dalam genggaman!!!





Read More...