20.4.12

LATIHAN KEBAKARAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Cak!

Hai semua..hehehe.. Asalamualaikum. Diharap semua pembaca blog cikgu sihat hendaknya. Seceria cikgu semestinya kan? hehehe

Ok hari ini 16hb 4, 2012 (isnin) telah diadakan latihan kebakaran oleh pihak bomba.Lebih kurang jam 9.30 tiba-tiba je lonceng berbunyi panjang. Haaa.. tu tanda-tanda amaran lonceng kecemasan lah. Cikgu apa lagi, terus suh murid-murid cikgu keluar beratur di luar kelas dan segera ke arah padang.

Kemudian selepas berkumpul, diadakan ceramah ringkas di tapak perhimpunan. Selepas itu barulah pertunjukkan latihan kebakaran di padang. Seronok betul murid-murid bila ada yang diberi peluang untuk mencuba memadam api. Cikgu?

Hehhe kali ni taklah. Tapi tahun lepas cikgu padam tau.

Terima kasih kepada pihak bomba. Insyallah ada masa cikgu akan uruskan lawatan ke Balai Bomba tidak lama lagi. Emm.. mungkin lepas exam kali ni. Kita sama-sama tunggu ye. (^_^)

















Read More...

19.4.12

MODUL PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL (Kesucian Rohani).

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
video 

Ok kepada pembaca di blog cikgu..hari ini cikgu masuk kelas 3 Arif dan mengajar MODUL PSIKOSOSIAL DAN KESEJAHTERAAN MENTAL tajuk Kesucian Rohani.

Cikgu menerangkan bagaimana mahu memberisihkan hati dan amalan-amalan yang perlu kita lakukan sebagai pelajar.

kemudian cikgu masukkan pula LDK yang berkaitan dengan lagu TAUBAT HATI. Mari kita saksikan video rakaman murid ini

Antara objektif modul yang cikgu laksanakan ini ialah:
-murid dapat mengenal diri
-murid menerima kekurangan diri dengan baik
-wasatiah...bersederhana dalam melakukan segala perkara

Dan yang paling penting......SOLAT 5 WAKTU SEHARI SEMALAM!!

Read More...

MODUL PENCEGAHAN DADAH (isi dan kuku si perokok dan dadah)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semuanya ceria-ceria selalu. Hari ini 12/4/2012 cikgu telah masuk ke kelas 5 Bestari. Cikgu laksana modul pencegahan dadah.

Mula-mula berlaku soal jawab diantara cikgu dengan murid. Cikgu tanya apa maksud dadah, contoh-contoh dadah, punca dan kesan negatifnya. Nampaknya minggu anti dadah yang lepas telah banyak membantu murid-murid ini menjawab soalan-soalan cikgu. Bagus!

Setelah itu baru cikgu masukkan game. Alah game mudah je. Lagipun murid sekolah rendah memang sangat suka melukis dan mewarna..kan.kan.kan...hehhehee

Antara objektif modul ini ialah:
-mengetahui tahap pengetahuan murid berkaitan dadah
-murid berupaya memberi tindak balas dan menjawab persoalan cikgu

Mudah je.. bahan-bahan pon senang. Meh tengok (^_^)













Read More...

KURSUS KAJIAN TINDAKAN 2012

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Pada 28/3/2012 (Rabu) cikgu telah menghadiri Kursus Kajian Tindakan di SMK Adela. Masuk tahun ni dah kali kedua cikgu hadiri. Alhamdulillah dapat berjumpa dengan JU Kajian Tindakan yang sporting dan banyak ilmunya.

Cikgu berharap dapat menghasilkan satu kajian tindakan untuk skop Kaunseling tidak lama lagi.








Read More...

PERTANDINGAN SENI KHAT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini ialah hari sabtu 24/3/2012. Cikgu dipertanggungjawabkan untuk membawa murid-murid ke pertandingan seni khat di Sekolah Agama Bandar Penawar.

Pertandingan tulisan khat terbahagi kepada 2 kategori iaitu tahap rendah dan menengah dan kategori lelaki dan perempuan. Manakala bagi pra sekolah pula diadakan pertandingan mewarna.

Mari lihat murid-murid cikgu (^_^)









MARI ITA MEMARTABATKAN EKSENIAN ISLAM
Read More...

18.4.12

PENUTUPAN MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum.Maaf cikgu terlewat untuk mengemaskini minggu anti dadah.Perasmian sudah cikgu update awal cuma penutupan saja agak terlewat untuk dimasukkan kedalam blog ini. Maafkan cikgu ye (^_^)

Minggu anti dadah telah diadakan pada 20-25hb Feb 2012.


Sepanjang 20-25hb ini akan diadakan pertandingan:
-Poster bagi murid tahun 5 dan 6
-Teka silang kata bagi murid tahun 4
-Mewarna bagi murid tahun 1,2 dan 3
-Memotong dan menampal gambar bagi murid pra sekolah dan PKBP
-Kuiz pada perhimpunan hari rabu dan jumaat
-Pameran di lorong dan galeri dadah

Cikgu menyiapkan bilik dadah bersama AJK PRS pada hujung minggu.

Sewaktu majlis penutupan telah diadakan persembahan wakil murid dalam membacakan puisi berkaitan dadah. Penyampaian hadiah turut diadakan dan tahniah kepada para pemenang.
Bersama kita mencegah/membasmi dadah!





Read More...