19.4.12

MODUL PENCEGAHAN DADAH (isi dan kuku si perokok dan dadah)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga semuanya ceria-ceria selalu. Hari ini 12/4/2012 cikgu telah masuk ke kelas 5 Bestari. Cikgu laksana modul pencegahan dadah.

Mula-mula berlaku soal jawab diantara cikgu dengan murid. Cikgu tanya apa maksud dadah, contoh-contoh dadah, punca dan kesan negatifnya. Nampaknya minggu anti dadah yang lepas telah banyak membantu murid-murid ini menjawab soalan-soalan cikgu. Bagus!

Setelah itu baru cikgu masukkan game. Alah game mudah je. Lagipun murid sekolah rendah memang sangat suka melukis dan mewarna..kan.kan.kan...hehhehee

Antara objektif modul ini ialah:
-mengetahui tahap pengetahuan murid berkaitan dadah
-murid berupaya memberi tindak balas dan menjawab persoalan cikgu

Mudah je.. bahan-bahan pon senang. Meh tengok (^_^)













Tiada ulasan:

Catat Komen