17.6.12

MODUL KEPIMPINAN (Belon Pelangi)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.. harap kita semua berada di bawah lindungan-NYA..
aminn

Sebelum cikgu nak cerita Modul yang cikgu laksanakan di dalam kelas, cikgu nak ceritakan satu cerita..hehehe..cerita..cecerita..

oleh kerana Bilik Bimbingan Kaunseling berada di bangunan baru dan tingkat 3 pastinya sunyi dan agak jauh. Aras3 yang guna hanya bilik BNK dan bilik j-Qaf..Bilik muzik sangatlah jarang guna..tinggikan aras 3, jauh pula tu dari kelas bangunan lama. Nak dijadikan cerita, oleh kerana bila cikgu duduk dalam bilik tu bunyi macam-macam so cikgu rasa daripada dibiarkan begitu baiklah cikgu bawa murid-murid laksanakan kelas bimbingan di bilik BNK.. so, murid kenalah jalan siket..heheheh .. sebab biasanya kelas bimbingan cikgu akan buat di kelas atau di tapak badminton.So misi untuk tahun ini segala aktiviti modul bimbingan cikgu akan laksanakan di dalam bilik BNK ataupun di koridor!..hahahaaaaa.. eh..koridor cikgu luas tau.

Kembali semual kepada modul kepimpinan cikgu.. nsma LDK ni Belon pelangi.sama macam kelas mana ye cikgu sudah buat..hehehe lupa pula. Ohhh kelas 4 Arif.. dulu cikgu namakan belon idaman..sekarang belon pelangi pula.. Now cikgu laksanakan bersama kelas 5 Arif.hehhee..jangan pening-pening..sabor.. cuma di 4 Arif cikgu murnikan dengan bahagikan murid ikut "aras" mereka.


bahan-bahan:
-5 belon berwarna hijau, merah,biru,kuning, hitam dan oren
-10 batang straw

Langkah-langkahnya:
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Duduk dalam barisan.
-Maklumkan pada murid masa diberi berapa minit untuk sampai kepada murid yang terakhir.Berikan alasan jika masa yang diberi tidak dipatuhi.
-ketua dihadapan diberi satu belon dan 1 straw.Straw lagi satu untuk murid no 2.

Objektif:
-Murid mematuhi masa yang ditetapkan dengan memastikan belon diperolehi dengan baik tanpa bermain-main.
-Murid bekerjasama dalam kumpulan 













Read More...

MODUL SAHSIAH DIRI (Graf kehidupanku)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semu pembaca blog cikgu..apa khabar semua? harap sihat ya. Sama-samalah kita saling berdoa.

Cikgu nak ceritakan tentang modul yang cikgu buat sewaktu di kelas  4 Bestari. Cikgu telah pilih modul sahsiah diri. Urm..senang aja..cikgu memang biasa buat modul aktiviti ni dan cikgu pun suke tukar-tukar tajuk LDK ni sedangkan modulnya sama..hehheheeeee..sesajaa...

Baiklah. namanya F=Graf kehidupanku..Rasanya kelas Tahun 6 semua cikgu dah buat..ni cikgu try pula kelas tahun 4 tapi cikgu murnikan lagi modul ni..

Bahan-bahan:
-Kertas A4
-Pembaris
-Pensil

langkah-langkah:
-Cikgu menunjukkan dihadapan kelas cara melukis graf beserta tahun dan umur. (rujuk gambar murid nanti)
-Minta murid berfikir dan renung semula kisah-kisah yang pernah berlaku sepanjang hidupnya mengikut tahun. Perkara sedih/menyayat hati/kesakitan semua peratusnya menurun manakalan kisah yang menggembirakan peratusnya akan naik
-Kemudian sambung garisan dari peratus mengikut umur dan tahun.
-Pilih secara rawak murid yang akan menceritakan graf kehidupannya dan tanya kenapa menurun drastik dan menaik atau zigzag..


Haaaa.biasanya kat sinilah timbulnya cerita-cerita baru tentang murid. barulah cikgu tahu ada murid yang pernah operation, ada yang pernah kemalangan teruk dan ada juga yang penah kena buli sampai takda sorang kawan pun. Melalui graf ini kita boleh cungkil masalah murid..pastu tariklah buat sesi!!!! heheeee









Read More...

10.6.12

MODUL BIMBINGAN AKADEMIK (Pilihan hati)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Semua sihat? Cikgu doakan agar kita semua sentiasa dirahmati olehNYA..aminnn

Baiklah, hari ni cikgu masuk ke kelas 4 Arif. Cikgu sudah pun pilih 1 aktiviti yang agak mencabar minda murid kelas ni. Nama Modul ini Pilihan Hati. Cikgu pilih modul ini sebab nak murid-murid berfikir bersama dalam satu kumpulan untuk capai 1 keputusan.

Bahan-bahannya:
-Tiada..heheheee

langkah-langkah:
-Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Duduk dalam kumpulan.
-Cikgu menceritakan suatu kisah.
"ada seorang doktor, askar, peguam, ahli politik, arkitek dan seekor kucing mengikuti satu penerbangan ke Pulau Malindo. Tiba disana mereka dapati kapal mereka telah rosak. Kapal itu tidak mampu menampung berat yang berlebihan. Jadi salah seorang diantara mereka perlu tinggal di pulau itu. Siapakah yang sepatutnya tinggal?
-Murid kena membuat pilihan.

Objektif:
-Murid dapat saling memberikan idea
-Murid dapat bekerjasama
-Murid saling berkomunikasi dengan rakan-rakan.

sebenarnya didalam aktiviti ini selain semangat bekerjasama dalam kumpulan yang perlu ditonjolkan, cikgu juga mahu melihat rasa perikemanusiaan didalam diri murid. Sama ada mereka berbalah untuk memilih lebih daripada seorang atau sebaliknya.









Read More...

MODUL BIMBINGAN AKADEMIK (Belon Idaman)-Pengurusan Masa

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini mendung sahaja di sekolah. Mulanya cikgu ingat nak buat Modul di tapak bekas kantin lama tu tapi melihat keadaan cuaca yang tak berapa baik cikgu laksanakan di kelas sahaja. Jadi, masuk je kelas cikgu dah minta murid-murid kosongkan bahagian depan kelas dan anjakkan kerusi meja ke belakang sedikit.

Nama Modul ini ialah Belon Idaman. Ianya berkaitan dengan pengurusan masa. Cikgu nak lihat bagaimana murid-murid menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya. kebiasannya aktiviti yang melibatkan pengurusan masa ini diadakan seperti buat jadual, kira-kira dan sebagainya..tetapi kali ni cikgu ubah.Nama pun pengurusan masa.Jadi cikgu ubah kepada berbentuk game sedikit (p/s:budak-budak kan) hehehee..
yang penting bagaimana murid mengurus masa itu yang penting.

Ok, bahan-bahan:
-5 belon berwarna hijau, merah,biru,kuning, hitam dan oren
-10 batang straw

Langkah-langkahnya:
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Duduk dalam barisan.
-Maklumkan pada murid masa diberi berapa minit untuk sampai kepada murid yang terakhir.Berikan alasan jika masa yang diberi tidak dipatuhi.
-ketua dihadapan diberi satu belon dan 1 straw.Straw lagi satu untuk murid no 2.

Objektif:
-Murid mematuhi masa yang ditetapkan dengan memastikan belon diperolehi dengan baik tanpa bermain-main.
-Murid bekerjasama dalam kumpulan














Read More...

MODUL BIMBINGAN PSIKOSOSIAL (Khabar Tak Sampai)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap kita semua berada di bawah lindungan yang Maha Esa..Aminn..

Hari ini di sekolah saya masuk ke kelas 4 Bestari. Saya laksanakan 1 modul bimbingan Psikososial yang biasa saya buat..hehehe.. tapi murid di kelas ni belum pernah saya buat modul ni. Saya nak namakan yang baru lah bagi modul ni. Emm..tukarkan kepada LDK "Khabar Tak Sampai"..Uhhh kalah dengar Prof cikgu ni mahunya geleng kepala..hehehe

Ok caranya mudah sangat. Bahan-bahan:
-Kertas ksoong
-Pen
-wisel

Langkah-langkah:
-Bina satu ayat panjang tanpa noktah di tengah ayat. pastikan ayat yang kita buat itu mengikut aras murid. Setiap kelas tak sama aras kan.
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan dan susun ikut baris..Bila ikut baris lagi senang.
-Automatik yang duduk depan itu ketua. Minta ketua datang depan, bagikan kertas dan minta mereka hafal. bagi masa 1 minit untuk hafal!
-Kemudian dalam barisan, kita tiupkan wisel untuk ketua memaklumkan ayat tersebut kepada barisan kedua dalam 1 minit. Kemudian tiup wisel lagi untuk barisan ketiga san seterusnya.
-Bila sudah habis. Murid di belakang barisan akan bangun dan minta mereka mengulang semula ayat tersebut.


Objektinya:
-Murid dapat menggunakan sepenuhnya daya ingatan
-Murid mempelajari teknik-teknik mengingat cepat














Read More...