10.6.12

MODUL BIMBINGAN PSIKOSOSIAL (Khabar Tak Sampai)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap kita semua berada di bawah lindungan yang Maha Esa..Aminn..

Hari ini di sekolah saya masuk ke kelas 4 Bestari. Saya laksanakan 1 modul bimbingan Psikososial yang biasa saya buat..hehehe.. tapi murid di kelas ni belum pernah saya buat modul ni. Saya nak namakan yang baru lah bagi modul ni. Emm..tukarkan kepada LDK "Khabar Tak Sampai"..Uhhh kalah dengar Prof cikgu ni mahunya geleng kepala..hehehe

Ok caranya mudah sangat. Bahan-bahan:
-Kertas ksoong
-Pen
-wisel

Langkah-langkah:
-Bina satu ayat panjang tanpa noktah di tengah ayat. pastikan ayat yang kita buat itu mengikut aras murid. Setiap kelas tak sama aras kan.
-Bahagikan murid kepada 5 kumpulan dan susun ikut baris..Bila ikut baris lagi senang.
-Automatik yang duduk depan itu ketua. Minta ketua datang depan, bagikan kertas dan minta mereka hafal. bagi masa 1 minit untuk hafal!
-Kemudian dalam barisan, kita tiupkan wisel untuk ketua memaklumkan ayat tersebut kepada barisan kedua dalam 1 minit. Kemudian tiup wisel lagi untuk barisan ketiga san seterusnya.
-Bila sudah habis. Murid di belakang barisan akan bangun dan minta mereka mengulang semula ayat tersebut.


Objektinya:
-Murid dapat menggunakan sepenuhnya daya ingatan
-Murid mempelajari teknik-teknik mengingat cepat














Tiada ulasan:

Catat Komen