3.7.12

KURSUS KESIHATAN MENTAL

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum, hari ini cikgu tak pergi sekolah. Heheheee..Tapi cikgu menghadiri satu kursus berkaitan kesihatan mental di Dewan Warisan.

Mula-mula sampai je semua guru kaunseling perlu membuat pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pihak hospital daerah Kota Tinggi. Cikgu cek berat, tinggi, gula dalam darah, tekanan darah dan saiz pinggang.

Seramai 4 doktor undangan yang dijemput khas untuk memberikan ceramah berkaitan kesihatan mental. minta maaflah gambar nurse sedang menjalankan pemeriksaan cikgu sudah terdelete :'(

Kesihatan mental ni sangat penting. Cikgu dimaklumkan yang kita boleh menyediakan bilik kecil di dalam bilik UBK untuk pemeriksaan kesihatan budak yang akan dibuat oleh nurse yang dipanggil. Kebiasaannya kes melibatkan murid yang obesiti. Siapa kata murid obesiti tiada masalah??? masalah tidak boleh atau tidak tahu cara untuk mengawal makanan lah. Nnati timbul pula kesan lain seperti mengundang kesihatan dan ejekan rakan-rakan. pasti dirujuk juga kepada guru bimbingan kan?, so ambillah langkah awal.

-Dr Fazilahton bt Rajuli (Pegawai Perubatan dan kesihatan) Tajuk: Gejala sosial remaaj & rasional kerjasama jabatan kesihatan dan penduduk
-Dr Yusmah bt Muhamad (Ketua penolong Pengarah, unit NCD JKNJ) Tajuk:perlaksanaan perkhidmatan minda sihat di sekolah
-Pn.Rohailina bt Rasimin (Jurupulih cara kerja kanan) Tajuk: Teknik relaksasi & atasi tekanan mental
-Dr Hjh Hanihaselah bt Mohd saleh (Pakar perubatan keluarga) Tajuk:Soul Power


















Tiada ulasan:

Catat Komen