4.7.12

MODUL AKADEMIK (Mind power left and right)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? Harap sihat ya.

Hari ini cikgu masuk ke kelas tahun 6 Bestari. Cikgu dah arahkan kepada ketua kelas untuk bawa pelajar ke dewan. Senang lapang..besar..

First, cikgu tanya siapa yang hadapi masalah dalam pengiraan angkat tangan. Haaa..ramai yang angkat. Cikgu tengok wajah-wajah yang angkat tangan tu memang betul ada yang lemah subjek matematik. Ok!

Cikgu pilih untuk aktifkan minda otak kiri dan kanan mereka.

Bahan-bahan:
-Tiada..hehehheee

Langkah-langkah:
-Angkat dua-dua tangan.
-Cantumkan kehujung-hujung jari. Ibu jari bertemu ibu jari dan seterusnya.
-Kemudian minta murid gerakkan ibu jari mengikut pusingan jam tanpa menggerakkan jari lain.
-kemudian undur kebelakang pula pusingan tersebut. Buat pada kesemua jari.
-Dari perlahan kepada laju


Objektifnya:
-Murid dapat mengakifkan otak kanan dan kiri


Murid yang bermasalah dalam pengiraan akan rasa berat dan sukar untuk menggerakkan jari hantu dan jari manis.

Cikgu rasa ada 70% murid kelas ini menghadapi masalah ini. Bermakna mereka hanya menggunakan 2% sahaja otak kiri mereka.

Haa.. mulalah cikgu nak membebel. Tegur murid-murid yang susah nak buat latih tubi dan ulangkaji di rumah. Nak harap belajar di sekolah saja.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan