9.7.12

MODUL PSIKOSOSIAL (Komunikasi berkesan)-Bola Bom

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. harap semua sihat ya. Hari ni cikgu laksanakan modul bimbingan di kelas 4 Arif. Cikgu nak melatih murid-murid ini untuk komunikasi yang lebih berkesan. Tetapi cara cikgu bukan menerangkan semata-mata! nanti murid jemu. So, cikgu tukar kepada berbentuk fun dan game agar murid suka dan dapat terlibat sama. pastinya game ni memerlukan murid-murid bercakap dan beraksi. Secara tak langsung cikgu dapat melihat bagaimana mereka berkomunikasi.

Oh, ya. Nama Aktiviti ini Bola Bom!

Bahan-bahan:
-Radio muzik
-Bola
-keratan nota contohnya
(muka anda masam saja. Tolong senyum selama 1 minit)
(Anda suka kucing? sila bunyikan suara kucing dalam keadaan manja, garang dan lapar)
(Ada pernah kencing malam? kenapa ya?)
(Saya tahu anda pembersih, Jadi tolong carikan 1 sampah dan buang ke dalam tong sampah)

langkah-langkah:
-mainkan muzik dan murid memberikan bola kepada rakan sebelah.
-Muzik dihentikan dan murid yang memegang bola dikehendaki mencabut kertas yang ada di dalam kotak
-Murid dikehendaki melakukan suruhan tersebut.

Objektif:
-Murid dapat menyatakan pendapat dan idea

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan