3.7.12

MODUL SAHSIAH DIRI (Acting Super Star)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ni cikgu buat modul bimbingan di kelas 2 Arif. Cikgu memikirkan oleh kerana murid-murid dikelas ini sudah cekap membaca dan menulis, cikgu nak uji pula mereka dengan keberanian. Sebab cikgu lihat ada murid perempuan di kelas ini yang susah benar mahu membuka mulut. Apatah lagi bertanya kepada cikgu. Jadi cikgu nak uji, saja nak tahu yang mereka ni tidak mahu bercakap atas sebab tidak berani, atau malu, atau tiada keyakinan atau semulajadi dan terakhir malas!

Caranya mudah saja..
-Tanya siapa murid yang sukarela mahu ke depan.
-Minta murid buat pelbagai aksi contohnya reaksi muka
-Pilih pula murid secara rawak
-Buat ulang-ulang sehingga dapat 10 emosi
-Selesai...
-kemudian, minta murid yang dirasakan sangat pendiam untuk keluar ke depan menulis apakah reaksi yang dibuat oleh kawan tadi
-Minta pula murid yang kecoh di kelas untuk menulis di hadapan
-Kemudian murid yang sederhana
-Guru berbincang bersama murid perbezaan sikap yang ada dikalangan murid-murid secara umum

Objektifmya:
-Mengenalpasti murid yang memerlukan perhatian dan bantuan melalui lakonan.

Sebab apa cikgu buat begini??
Sebab ada murid yang susah nak meluahkan pada sesiapa. Tak reti nak mengadu. Tetapi murid kan kanak-kanak. mereka  ini insan jujur. Melalui lakonan dan reaksi muka sudah ada jawapannya. (^_^)






1 ulasan:

  1. Tahniah cikgu....banyak input menarik dan sy juga tertarik melihatnya....

    BalasPadam