19.2.13

PROGRAM LEPAS UPSR (Pertandingan Bola Jaring dan Bola Baling)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum..
Cikgu telah menyiapkan jadual untuk program selepas UPSR bagi murid-murid yang sudah selesai menduduki UPSR tahun 2012. Biasalah awal-awal program cikgu akan utamakan aktiviti sukan dahulu. Jadi, kali ini telah diadakan pertandingan bola jaring bagi perempuan dan bola baling bagi lelaki.

Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut rumah sukan Jebat, Kasturi,Lekir dan Tuah. Mereka menjalani latihan dahulu selama dua hari dan pertandingan juga dijalankan selama dua hari. Di sini cikgu meminta kerjasama dengan guru sukan. Latihan dan pertandingan hanya dijalankan pada awal pagi iaitu bermula jam 7.30 hingga jam 10.00 sahaja kemudian PNP berjalan seperti biasa.

Mari lihat aksi mereka..










Tiada ulasan:

Catat Komen