16.3.13

CERAMAH KEMAHIRAN BELAJAR

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum dan selamat petang. Hari ni tukar petang pula update blog..pagi tadi cikgu adakan ceramah kemahiran belajar. Khusus untuk murid tahun 6 arif, 6 bestari dan 6 cerdas.

Cikgu buat awal sebab tak nak menggangu waktu mereka selepas habis ujian ni. Pada awal tahun ni lah mereka perlu tahu dan melengkapkan diri dengan kemahiran belajar yang betul. Cikgu tekankan pada:

-kemahiran mendengar
-kemahiran mengingat
-kemahiran mencatat nota
-kemahiran membaca
-kemahiran mengurus masa

Cikgu juga mengajar murid-murid bagaimana membuat peta minda dan menyediakan poket book.. alhamdulilah sekali ajar sahaja mereka sudah faham.. cantik-cantik peta minda mereka..

Ada 2 LDK yang cikgu selingkan dalam ceramah ini..
-Ikrar saya (murid menulis ikrar-10 janji yang perlu tandatangan saya)
-Saya sudah mahir ( murid berbaris dalam kumpulan, bergilir-gilir menghafal perkataan yang diberi dan menyatakan pada rakan lain)









Tiada ulasan:

Catat Komen