16.4.13

MODUL PSIKOSOSIAL (Komunikasi Berkesan)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada smeua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? Moga semuanya sihat ya.

Hari ini cikgu masuk ke kelas tahun 3 Arif... Cikgu laksana bimbingan psikososial iaitu kemahiran komunikasi yang berkesan. Ada murid yang pasif di dalam kelas. Ada pula yang sangat kepoh..huhuhuh.... ada pula yang berat mulut nak bertanya dengan cikgu soalan yang tidak difahami.. ada yang takut..

Jadinya cikgu menerangkan secara ringkas betapa ruginya andai mereka menghadapi masalah komunikasi seperti:
-Tertinggal ilmu pengetahuan
-Kesukaran berkawan
-Tidak ramai kawan
-Tidak dapat mengawal diri apabila berada di kelompok yang besar
-Tidak boleh berdikari sendiri

Setelah itu cikgu menunjuk ajar bagaimana cara kita mahu berkomunikasi contohnya:
-Meminta tolong
-Beri bantuan
-Bertanya soalan yang tidak difahami

Kemudian cikgu meminta murid memilih rakan disebelah. Jadinya ada 2 oranglah. Mereka perlu berlakon satu situasi yang cikgu arahkan dan lakonkan...contohnya:
-babak menegur  kawan yang suka ponteng
-babak mengajak rakan ke kantin
-babak meminjam alat tulis rakan

Cikgu memberi mereka masa untuk melakonkan babak tersebut selama 2 minit sahaja dihadapan kelas.. Alhamdulillah mereka dapat laksanakan dengan baik. Rugi pula tidak ambil video...








Tiada ulasan:

Catat Komen