15.4.13

NOTA KECIL BUAT KLIEN KU

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar hari ini? harap sihat hendaknya.
Hari ini cikgu laksanakan satu sesi bimbingan individu. Perkara yang menjadi tunjang kepada perbincangan cikgu bersama murid ialah perihal akademik.

Bukan satu masalah besar bagi kita orang dewasa tetapi bagi si kecil yang baru sekolah rendah ini ia menjadi masalah besar baginya.  Jadi untuk anak murid cikgu diluar sana. Di sini cikgu nak murid-murid faham apa itu ilmu dan kepentingannya. Berjela-jela juga lah nasihat dan panduan yang cikgu berikan pada murid ini. Home work pun cikgu ada beri padanya. Insyallah pada sesi susulan akan datang cikgu nak lihat hasil home work tersebut.

Sebelum murid ini balik cikgu berikan padanya secebis nota. Dia mengambilnya dan tersenyum gembira dan berkata "Teriam kasih cikgu. Saya suka sangat"

Ini nota kecil yang saya sempat tulis masa dalam sesi tadi...


Tiada ulasan:

Catat Komen