16.4.13

PERSOALAN KERJAYA DARI MURID

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Moga sihat hendaknya. Cikgu rasa ramai guru kaunseling yang mempunyai bahan untuk kerjaya kan? ada poster kerjaya, ada permainan, ada patung-patung..macam-macamlah..

Hari ini pada waktu rehat ada murid yang datang ke bilik cikgu untuk bertanyakan tentang kerjaya menjadi seorang askar dan polis...

SI A: Cikgu best tak jadi askar? saya nak jadi askar.Nak lawan macam kat Lahad Datu tu
SI B:Polis lah yang best. Kerja tak susah macam askar..Askar kena masuk hutan.
SI A: Aku nak jadi askar. Kau nak jadi polis jadilah, sibuk aje.
SI B: Suka hati akulah.

Itulah senarionya yang berlaku dibilik cikgu tadi..hahahaaa..kelakor je bertegang urat si cilik berdua ni.
CIkgu pun memberi penerangan ringkas skop kerjaya seorang askar dan polis agar mereka faham. Cikgu tak terang macam mana nak jadi..tapi cikgu hanya terangkan skop pekerjaan sahaja.. kerana pada umur mereka ini mereka perlu faham tentang senario alam pekerjaan tersebut..

Kemudian cikgu beri mereka patung-patung askar, alatan senjata askar dan polis.. Cikgu beri mereka masa dan biarkan mereka bermain dengan alatan tersebut.. kelakarlah macam-macam perbualan keluar diantara mereka ...





Tiada ulasan:

Catat Komen