15.4.13

PROGRAM PENGKARYA GURU KPM

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Di sini cikgu nak kongsikan pengalaman cikgu menghadiri Kursus Pengkarya Guru Siri 2 tahun 2013.. sangat seronok bagi mereka yang meminati bidang penulisan...

Alhamdulillah sudah dua kali cikgu menghadiri kursus ini dan masih ada dua lagi kursus bagi memenuhi keseluruhan kursus ini. Program pengkarya guru ini membantu guru-guru menghasilkan buku seterusnya menerbitkan buku. Ia dianjurkan oleh Kemneterian Pelajaran Malaysia bersama Majlis Buku Kebangsaan. Segala yuran, makan minum semua KPM yang tanggung... ada 14 penerbit dan cikgu telah memilih Yamani Angel...

Alhamdulillah syukur cikgu dapat turut sama dan berkongsi ilmu dengan masyarakat diluar dari segi penulisan. Semoga penulisan cikgu itu kearah yang lebih berilmu dan dapat membantu cikgu diakhirat kelak..aminnn...

 

Tiada ulasan:

Catat Komen