24.6.13

PROGRAM GENERASIKU SIHAT

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)
Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu nak perkenalkan 1 program terbaru di sekolah cikgu iaitu GENERASIKU SIHAT.

Ini adalah hasil gabungan unit bimbingan kaunseling dan klinik kesihatan bandar mas.

Program generasiku sihat ini terbahagi kepada 2 program yang melibatkan murid-murid merokok dan murid obesiti. Cikgu sudah mengenal pasti seramai 6 orang murid yang terlibat dengan merokok dan 18 orang murid obesiti.

Aktiviti berjalan sepanjang Jun hingga September. Antara aktivtinya ialah erobik, joging, penggunaan alatan senaman, dan camping.

Hadiah diberikan kepada murid-murid yang berjaya menurunkan berat badan!

Mari lihat aktiviti erobik pada hari selasa semalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan