15.7.13

KEM SAHSIAH UPSR ZON AIR TAWAR (MURID HALUS)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Apa khabar semua? harap sihat agar kita dapat terus berpuasa dibulan yang mulia ini.

Selepas adanya kem upsr untuk murid-murid cemerlang, kini tiba pula kem bagi murid-murid halus. Murid-murid yang dipilih ialah murid-murid yang harus lulus subjek bahasa melayu. Seramai 7 orang murid telah cikgu kenal pasti.

Tempat: SK LKTP Felda Air Tawar 4
Masa:7.30-1.00 petang

Harapan cikgu agar murid-murid dapat menggunakan peluang yang diberikan dengan baik. Cikgu pasti buku latihan yang diberikan pada hari itu ada lebih kan..Jadi habiskan modul buku tersebut ya.

ORANG YANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG TIDAK KENAL ERTI PUTUS ASA.






Read More...

KURSUS LDP SIRI 5

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat ya. Di bulan puasa ni kena banyak minum air waktu sahur. Sahur tu penting. Ada juga murid yang sakit perut dibulan puasa ni gara-gara tidak bersahur.

Sekolah cikgu telah mengadakan kursus LDP untuk guru-guru bagi siri ke 5.. SIRI KE 5 OK..
Aktif betul kan LDP di sekolah cikgu? hehheeee

Kali ni LDP bertajuk PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL.. lebih kepada protokol-protokol di meja makan, acara rasmi dan sebagainya..

Kami juga diberikan kumpulan dan perlu melakonkan watak yang diberi. Contohnya kumpulan cikgu melakonkan watak dalam acara penyampaian hadiah kepada perasmi..

Banyak rupanya yang cikgu baru ketahui tentang cara sebenar penyampaian hadiah dan kedudukan kerusi..

Alhamdulillah mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua guru-guru.. time makan pula kami makan chicken chop ok!.. dan kami diajar bagaimana nak makan menggunakan sudu, garfu dan pisau.. seronok!

Tempat: Makmal Komputer
Penceramah: Pensyarah Kolej Komuniti
Masa: 8.00-1.00 tengah hari.

InsyaALLAH lain kali kita bertemu lagi.











Read More...

KEM UPSR ZON AIR TAWAR (MURID CEMERLANG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. lagi beberapa hari sahaja  lagi murid-murid tahun 6 akan menghadapai peperiksaan percubaan UPSR. Cikgu mendoakan yang terbaik untuk semua. Harapannya agar murid-murid dapat memberikan lebih tumpuan dan latihan.

Program untuk murid cemerlang diteruskan lagi bagi menyinarkan lagi kecemerlangan mereka. InsyaALLAH dengan kerjasama semua pihak murid-murid tahun 6 Sek Keb Bandar Mas akan memperolehi keputusan yang baik dan mencapai target sekolah.

Pada 5 dan 6 Julai 2013 telah diadakan Kem UPSR bagi Zon Air Tawar untuk murid-murid yang cemerlang. Selaku tuan rumah, sekolah telah menghantar seramai 19 orang murid kita. Ada 13 sekolah yang terlibat kali ini.

Tempat:Sek Keb Bandar Mas (dewan, 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdas, 5 Cerdas)
Masa: 7.30 hingga 5.00 petang

Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu 4 kelas. Guru-guru pakar didalam bidang masing-masing dijemput untuk memberikan input kepada mereka.


















Read More...