15.7.13

KEM UPSR ZON AIR TAWAR (MURID CEMERLANG)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. lagi beberapa hari sahaja  lagi murid-murid tahun 6 akan menghadapai peperiksaan percubaan UPSR. Cikgu mendoakan yang terbaik untuk semua. Harapannya agar murid-murid dapat memberikan lebih tumpuan dan latihan.

Program untuk murid cemerlang diteruskan lagi bagi menyinarkan lagi kecemerlangan mereka. InsyaALLAH dengan kerjasama semua pihak murid-murid tahun 6 Sek Keb Bandar Mas akan memperolehi keputusan yang baik dan mencapai target sekolah.

Pada 5 dan 6 Julai 2013 telah diadakan Kem UPSR bagi Zon Air Tawar untuk murid-murid yang cemerlang. Selaku tuan rumah, sekolah telah menghantar seramai 19 orang murid kita. Ada 13 sekolah yang terlibat kali ini.

Tempat:Sek Keb Bandar Mas (dewan, 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdas, 5 Cerdas)
Masa: 7.30 hingga 5.00 petang

Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu 4 kelas. Guru-guru pakar didalam bidang masing-masing dijemput untuk memberikan input kepada mereka.


















Tiada ulasan:

Catat Komen