15.7.13

KURSUS LDP SIRI 5

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Harap semuanya sihat ya. Di bulan puasa ni kena banyak minum air waktu sahur. Sahur tu penting. Ada juga murid yang sakit perut dibulan puasa ni gara-gara tidak bersahur.

Sekolah cikgu telah mengadakan kursus LDP untuk guru-guru bagi siri ke 5.. SIRI KE 5 OK..
Aktif betul kan LDP di sekolah cikgu? hehheeee

Kali ni LDP bertajuk PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL.. lebih kepada protokol-protokol di meja makan, acara rasmi dan sebagainya..

Kami juga diberikan kumpulan dan perlu melakonkan watak yang diberi. Contohnya kumpulan cikgu melakonkan watak dalam acara penyampaian hadiah kepada perasmi..

Banyak rupanya yang cikgu baru ketahui tentang cara sebenar penyampaian hadiah dan kedudukan kerusi..

Alhamdulillah mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua guru-guru.. time makan pula kami makan chicken chop ok!.. dan kami diajar bagaimana nak makan menggunakan sudu, garfu dan pisau.. seronok!

Tempat: Makmal Komputer
Penceramah: Pensyarah Kolej Komuniti
Masa: 8.00-1.00 tengah hari.

InsyaALLAH lain kali kita bertemu lagi.











Tiada ulasan:

Catat Komen