28.8.13

BIMBINGAN SAHSIAH DIRI-Dam Nilai Murni kelas 3B

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu nak buat aktiviti melibatkan sahsiah diri murid-murid iaitu Nilai Murni. Cikgu ada dam nilai murni tau!!

Cantik dam ni dan penuh dengan nilai murni dalamnya. Apa yang menarik tentang dam ini??

LEBIH DARI 30 JENIS NILAI MURNI

ADA GAMBAR PADA SETIAP NILAI MURNI

BERWARNA!

ADA DISERTAKAN DENGAN BATU LADUNG TAU

1-Memula cikgu bahagikan murid kepada 5 kumpulan. Sebab cikgu ada 5 dam ok.. lagi kecil kumpulan lagi seronok mereka.
2-Cikgu edar dam tersebut beserta ladungnya sekali.
3.Cikgu terangkan cara bermain iaitu:

-Seperti bermain dam ular. Batu dilambung dan gerakkan cross ikut jumlah batu tu berapa. Jika cross berhenti pada gambar ular maka cross kena turun ikut ekor ular..kalau cross pula berada pada gambar satu lagi tu makan cross akan naik..

4-cikgu minta apabila batu ladung dilambung ikut giliran murid (4 orang sekali main) mereka akan sebut nilai murni yang mereka dapat sewaktu meletakkan cross. Di situ mereka secara tak langsung akan tahu nilai murni apa yang mereka perolehi. Siapa yang tak sebut nama nilai murni tersebut mengikut gambar maka dia takkan boleh jalan lagi..hahhaaaa.. ni undang-undang buatan cikgu...








Tiada ulasan:

Catat Ulasan