25.8.13

SURAT UCAPAN TAHNIAH!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan kali ini. Nampaknya ada peningkatan jumlah bilangan murid yang dapat 5A dan 4A1B berbanding peperiksaan pertengahan tahun. Alhamdulillah....

Jadinya, masa meeting Guru Besar telah mengarahkan cikgu untuk membuat surat ucapan tahniah yang akan diberi kepada murid-murid yang dapat 5A dan 4A1B kepada ibu bapa/penjaga. DIharapakan dengan kehadiran surat ini dapat menaikkan lagi semangat mereka untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang pada UPSR yang sebenar.

Tahniah juga dari cikgu. Sayang kamu semua..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan