27.9.13

Bina Objek Dari Bahan Terbuang(Program Lepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini aktiviti dari panitia sains. Cikgu dah bahagi murid kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan ada ahli dari 3 kelas.  Aktiviti panitia bermula pada hari ini.

Ada panitia yang cikgu bagi 2 hari, ada sehari dan ada 3 hari. Sebabnya tarikh yang panjang sebelum cuti..hehehe

Aktiviti panitia sains ni pula cikgu beri 2 hari. Hari ini mereka perlu tumbuk surat khabar dan bentukkan objek..kemudian keringkan.. hari kedua nanti mereka akan tanggalkan objek dan warnakan ikut kreativiti masing-masing..

Tema: Penghasilan barang dari bahan terbuang
Alatan: surat khabar, air, gam, objek













Read More...

Kursus Mini Piza dan ICT(Program Lepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.  Pada 17 dan 18hb cikgu bawa murid tahun 6 mengadakan kursus di Kolej Komuniti selama 2 hari. Kenapa 2 hari??

Sebab murid tahun 6 ramai. Cikgu bahagikan mengikut kumpulan iaitu lelaki dan perempuan sahaja. Pada 17hb murid perempuan kursus mini piza dan lelaki kursus ICT. 18hb pula cross..

Pengangkutan disediakan oleh pihak kolej komuniti. Memang mudah. Dah 3 tahun cikgu bekerjasama dengan kolej komuniti. Yuran juga murah iaitu RM5 untuk 1 kursus.
















Read More...

Pertandingan Bola Jaring (Program Lepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum. Sudah 3 hari murid-murid berlatih bola jaring dan futsal. Kini tibalah hari yang dinanti-nantikan. Perlawanan yang mendebarkan sebab tahun ni memang ramai pemain bola jaring sekolah.. terpaksa cikgu bahagi-bahagi agar adil kepada kumpulan lain.

Untuk Bola Jaring ada 6 kumpulan manakala futsal pula ada 5 kumpulan.  Cikgu yang menjadi hakim perlawanan bola jaring yang cikgu dah lantik ialah cikgu fatimah, cikgua ziaton Abd Kadir dan PPM. Futsal pula cikgu pilih cikgu zikeri dan cikgu hazil sebagai pengadil.

Alhamdulillah pertandingan berjalan lancar. Tahniah kepada pemenang. Hadiah diberi pada majlis jamuan akhir tahun nanti ya






Read More...

Program Selepas UPSR Bermula!!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah UPSR sudah selesai. Kini cikgu bertungkus lumus merangka jadual aktiviti untuk murid-murid tahun 6 pula. Memandangkan cuti sekolah 15/11 tu lama lagi maka banyaklah yang cikgu kena susun.

Aktiviti biasanya hanya berjalan dari jam 7.30 hingga 10.00 sahaja dan sambung PNP seperti biasa. Antara aktiviti yang cikgu dah rangka:
-aktiviti setiap panitia
-pertandingan bola jaring dan futsal
-kursus membuat mini piza dan ICT
-KRAMSAU (sahsiah diri)
-lawatan
-ceramah

Tetapi biasanya akan ada pertukaran jadual sama ada perlu dianjakkan atau sebaliknya. Insyallah berkat kerjasama yang diberikan oleh para guru aktiviti mampu berjalan dnegan baik..


Read More...

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Pagi ini ada perhimpunan rasmi sekolah. Hari ini juga telah diadakan penutupan bulan kemerdekaan yang cikgu uruskan. Program ini usahasama diantara unit kaunseling dan panitia sivik/kajian tempatan.

Alhamdulillah hadiah-hadiah kepada para pemenang berjaya dilaksanakan pada hari ini. Antara pertandingan yang telah berjaya diadakan ialah:
-mewarna
-buku skrap
-nyanyian koir lagu patriotik
-design baju tradisional
-gunting dan tampal

Persembahan dari wakil guru juga menarik. Ustaz Saidin telah menyampaikan sebuah dikir barat yang diolah kepada lirik berunsur kebangsaan.

Tahniah kepada para pemenang.







Read More...

12.9.13

Bacaan yasin ibu-ibu untuk anak upsr

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah hari ini selesai sudah peperiksaan UPSR. Murid lega cikgu pun lega. Tapi cikgu masih perlu mengatur aktiviti mereka hingga bulan 11.

Nak cerita, dari hari pertama UPSR hingga hari ketiga ni para ibu-ibu turut membacakan yasin sewaktu peperiksaan sedang berlangsung. Cikgu suka sangat. 3 hari ni cikgu tak miss untuk sama-sama membacakan yasin.

Terima kasih pada ibu-ibu yang hadir. Hari pertama 23 orang, hari kedua 38 orang dan hari ketiga 48 orang. Alhamdulillah!

Moga doa kita bersama dapat membantu anak-anak kita memperoleh keputusan yang cemerlang kelak..aminnn

Read More...

10.9.13

Program Luhur Budi

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini di sekolah cikgu adakan Program Luhur Budi. Satu program di mana semua guru-guru dan anak-anak murid tahun 6 saling bermaafan bersama. Ada yang panggil Restu Ilmu..

Mula-mula bacaan doa dari Ustaz Rizalman, kemudian taklimat/ucapan dari guru besar. Diteruskan lagi dengan tandatangan dan kata-kata semangat yang ditulis di kain rentang bermula dari:
-guru besar
-GPK-GPK
-Guru kelas 6 Arif
-Guru kelas 6 Bestari
-Guru kelas 6 Cerdas

Kemudian sesi bersalaman dengan iringan selawat dari murid 5 Arif. Inilah peluang utnuk murid-murid memohon maaf kepada para guru andai pernah melakukan kekhilafan dan mohon segala ilmu yang dipelajari diberkati...




















Read More...