27.9.13

PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu.Pagi ini ada perhimpunan rasmi sekolah. Hari ini juga telah diadakan penutupan bulan kemerdekaan yang cikgu uruskan. Program ini usahasama diantara unit kaunseling dan panitia sivik/kajian tempatan.

Alhamdulillah hadiah-hadiah kepada para pemenang berjaya dilaksanakan pada hari ini. Antara pertandingan yang telah berjaya diadakan ialah:
-mewarna
-buku skrap
-nyanyian koir lagu patriotik
-design baju tradisional
-gunting dan tampal

Persembahan dari wakil guru juga menarik. Ustaz Saidin telah menyampaikan sebuah dikir barat yang diolah kepada lirik berunsur kebangsaan.

Tahniah kepada para pemenang.







Tiada ulasan:

Catat Komen