27.9.13

Program Selepas UPSR Bermula!!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Alhamdulillah UPSR sudah selesai. Kini cikgu bertungkus lumus merangka jadual aktiviti untuk murid-murid tahun 6 pula. Memandangkan cuti sekolah 15/11 tu lama lagi maka banyaklah yang cikgu kena susun.

Aktiviti biasanya hanya berjalan dari jam 7.30 hingga 10.00 sahaja dan sambung PNP seperti biasa. Antara aktiviti yang cikgu dah rangka:
-aktiviti setiap panitia
-pertandingan bola jaring dan futsal
-kursus membuat mini piza dan ICT
-KRAMSAU (sahsiah diri)
-lawatan
-ceramah

Tetapi biasanya akan ada pertukaran jadual sama ada perlu dianjakkan atau sebaliknya. Insyallah berkat kerjasama yang diberikan oleh para guru aktiviti mampu berjalan dnegan baik..


Tiada ulasan:

Catat Komen