16.10.13

Menghasilkan produk dari bahan terbuang(program selepas UPSR)

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini cikgu uruskan program selepas UPSR dan laksanakan aktiviti penghasilan produk. Cikgu dapat kerjasama yang sangat baik dari panitia sains.

Dalam setiap kelompok iaitu 10 kumpulan murid perlu hasilkan sebarang produk seperti cawan, pinggan, dulang dan sebagainya dari bahan utama iaitu SURAT KHABAR.

3 hari lepas cikgu sudah maklumkan pada murid untuk bawa:
-surat khabar
-objek
-gam
-kaler air

Cikgu juga sediakan:
-beberapa objek seperti cawan dan pinggan
-gam yang cikgu buat guna tepung ubi






Tiada ulasan:

Catat Komen