16.10.13

PEMANTAUAN PERINGKAT NEGERI

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Cikgu harap semua sihat ya, diberi kelapangan dada, diberi kesihatan yang baik agar kita sama-sama dapat beramal dan mendidik anak-anak kita sebagai satu amalan untuk kita diakhirat nanti juga.

Hari ini cikgu telah didatangi oleh 4 orang pemantau iaitu P.PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid dari PPD Pasir Gudang, PPD Kota Tinggi, PPD Johor Bahru dan seorang dari JPN.

Mereka datang untuk pemantauan Pengurusan Bilik Kaunseling Cemerlang Negeri Johor.

Ini antara butiran perjalanan pemantauan yang cikgu cuba ringkaskan ya:
-Pembentangan video
-Membawa pemantau ke bilik bimbingan kaunseling
-pemantauan fail, tema dekorasi bilik, dan soal jawab

Mereka hadir dari jam 9 pagi hingga 1.00 petang ye..sangat lama..huhuhuh

Sampai waktu makan nak balik tu Tn Hj Rozman dari JPN masih bertanyakan soalan kepada cikgu.. aduyaiiii..alhamdulillah cikgu cuba menjawab sebaik mungkin apa yang cikgu tahu.

Jika ada rakan-rakan guru kaunseling yang mahu bertanyakan lanjut perihal pemantauan pertandingan diperingkat negeri bolehlah bertanya pada cikgu ya. Insyallah cikgu sudi berkongsi.

Cikgu pun tak tahu bila keputusan diumumkan tetapi cikgu sudah bersedia menerima apa sahaja keputusan tersebut sebagaimana cikgu sudah bersedia saat mereka datang memantau cikgu..

Terima kasih kepada semua pemantau yang sudi berkongsi idea untuk penambahan dan kebaikan perkhidmatan kaunseling disekolah ini.









Tiada ulasan:

Catat Komen