21.1.14

Bilik Bimbingan Terima Kad!

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Seronok nak cerita hari ini. Bilik bimbingan kaunseling telah menerima beberapa kad dari murid. Bukan untuk cikgu ye. Cikgu jelaskan sekali lagi untuk bilik bimbingan kaunseling..... hebat betul bilik ini. Bilik je hebat, cikgunya oppsss...

Macam mana situasi ini boleh berlaku??

Begini, cikgu biasa laksana modul bimbingan adakalanya di bilik ini. Untuk muatkan murid cikgu biasa ketepikan kerusi dan minta mereka buat bulatan. Boleh rujuk gambar aktiviti yang cikgu pernah buat di dalam bilik ini ya.

Kebetulan sepanjang tahun lepas cikgu banyak kali bawa murid masuk. Jadi mereka sudah biasa dan nampak perubahan demi perubahan bilik ini. Jadi hari ini sewaktu laksana modul bimbingan di kelas, cikgu minta murid-murid buat kad dan tulis apa perasaan mereka/ kata-kata/ pandangan/ berkaitan bilik ini sepanjang tahun lepas.. cikgu maklumkan berdasarkan kad ini cikgu boleh perbaiki perkhidmatan cikgu.

Cikgu tak mohla cerita panjang. Pembaca lihatlah sendiri ya.. tetapi sebagai tanda penghargaan cikgu gantungkan kad tersebut di luar bilik iaitu laluan koridor yang mana semua murid boleh lihat dan baca.. gantung cantik-cantik.. atpi minta maaflah cikgu punya gambar tak sempat nak bagi tegak..

TERIMA KASIH!!




 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan