25.1.14

Lawatan Dari FasiLinus PPD Pasir Gudang

Bismillahirrahmannirrahim.. Bila si manis menulis (^_^)

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog cikgu. Hari ini  22 Januari 2013 disekolah kami didatangi oleh 3 orang FasiLinus dari PPD Pasir Gudang dan 2 FasiLinus PPD Kota Tinggi yang datang mengejut...

Kami menerima dengan senang hati. Dapat segera lakukan persiapan sekadar termampu kami. Kami menjemput mereka ke makmal komputer sekolah untuk mendengar taklimat dari Guru Besar. Cikgu Ali menerangkan perjalanan program linus di sekolah kami dan anugerah pencapaian yang telah dicapai sebelum ini.

Saya termasuk dalam AJK Linus juga. Jadi memang turut serta dalam makmal. Sempat juga membantu penyelaras linus turukan fail-fail linus ke makmal, susun hadiah plak yang penah dimenangi.

Kemudian seorang fasilinus bertanya kepada saya apa peranan saya selaku guru bimbingan dalam linus di sekolah.... saya pun jawab....hehehe

Kemudian kami bawa mereka lihat kawasan sekolah tapi tempat pertama yang mahu dilihat oleh mereka ialah Bilik Bimbingan!!!..huhuhuhuh... mereka nak lihat pondok clay therapy yang saya guna untuk murid didalam bimbingan berfokus... Ok takpa, kami pilah tengok bilik dan berlakulah sesi soal jawab.hehhehe..ternyata mereka sangat tertarik dengan pondok clay therapy ini. Alhamdulillah..  kemudian mereka dibawa ke bilik pemulihan, lorong galeri linus dan kelas linus tahun 1.

Diharapkan kedatangan para fasililnus ke sekolah kami dapat memberikan input yang banyak dan berguna yang boleh digunapakai apabila balik kelak..

Dibawah ini saya masukkan gambar lawatan di bilik saya sahaja ya...














Tiada ulasan:

Catat Ulasan